Bercuti ke tempat tempat menarik di Kemboja dengan pakej murah

Bercuti ke tempat tempat menarik di Kemboja dengan pakej murah | Asal dengar perkataan murah berebut nak tahu apa yang murah sangat tu kan? Fiza akan kongsi apa yang murah dan tempat tempat menarik di Kemboja ni. 

Bagi mereka yang suka bercuti berjalan sana sini luaskan permandangan tambahkan pengalaman tu,semestinya korang memilih destinasi bajet untuk percutian tu kan. Kalau boleh nak lagi murah ,lagi bagus. Betul?

Ye lah,kena jugak simpan bajet untuk kenderaan, untuk penginapan, untuk shopping dan untuk yang lain. Takkan bercuti saja makan angin je kan?

Kalau nak bercuti luar dari Malaysia, apakata korang pilih destinasi percutian ke Kemboja pulak. Lagipun Kemboja tak jauh mana dari Malaysia. 

Lagipun bagi muslim sudah tentunya ciri² Islamic diutamakan. InshaAllah kalau ade rezeki, teringin jugak nak jejak kaki di sana bersama keluarga. Boleh jugak tahu cara hidup masyarakat kat sana. Tapi apa pun sebelum bercuti kenalah buat persediaan yang sepatutnya dan rancang sebaik mungkin. 

Mesti setiap orang inginkan percutian yang bermakna kan. Kenalah tengok bajet,penginapan,cuaca, tempat tempat menarik, kemudahan, kenderaan dan macam macam lagi.

Antara tempat tempat menarik di kemboja
1. ANGKOT WAT

Angkor Wat, terletak di Utara Siem Reap merupakan  salah satu monument yang bersejarah yang terkenal di Asia Tenggara. Dibina untuk agama hindu.Setiap ukiran yang diukir pada dinding menggambarkan cerita dari epik Ramayana dan Mahabharata ikutan dari kejayaannya.

Pembinaan Angkor wat menunjukkan kedaulatan kerajaan Suryavarman II.Semua ni ada belajar dalam sejarah kan.So ni kira imbas kembali lah.Kalau dapat jejak tempat bersejarah ni pun okay jugak kan.


2.TASIK TONLE SAP

Tasik Tonle Sap masih lagi terletak dekat Siem Reap.Sungai Air Tawar Besar ni dikenali dengan Great Lake. Gabungan tasik dan air sungai dan juga merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. 

Apa yang manarik lagi kat water dwellings ni boleh guna besen je terapung atas air..wahhh teringin juga tapi macam tak berani je.Tapi kalau dapat try seronok jugak.


3. SIHANOUKVILLE 

Bagi yang suka main air bersantai tepi pantai boleh singgah di Sihanoukville, juga dikenali sebagai Kampong Som, atau Kampong Saom, adalah sebuah bandar pelabuhan di selatan Kemboja. 

Ia merupakan satu-satunya pelabuhan laut dalam di Kemboja dan turut memiliki pantai yang indah. Nama bandar ini berasal dari nama raja Kemboja, Norodom Sihanouk.Cantik juga pemandangan kat sini.

4. PHNOM PENH

Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja yang terletak di tebing Sungai Mekong. Phnom Penh, bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan global dan domestik yang penting bagi Kemboja. 

Terkenal dengan seni bina indah dan bersejarah dan tarikan. Kalau nak shopping kat Phnom Penh ni boleh singgah di central market.


5. KAMPONG CHAM

Alang² dah sampai ke Phnom Penh apakat singgah pulak di Kampong Cham ni iaitu wilayah yang paling ramai penduduk di Kemboja, ia adalah pintu masuk ke Stung Treng, Rattanak Kiri dan Mondul Kiri melalui wilayah Kratie. 

Ini adalah bandar yang santai dan tenang yang pernah menjadi pos perdagangan penting selama tempoh Perancis, warisan terbukti dengan bangunan ditegur namun klasik yang masih berdiri dalam kemuliaan penuh mereka. 

Ini membawa banyak ciri-ciri kolonial Perancis dan ia adalah tempat yang baik untuk menikmati pemandangan yang indah serta suasana yang semulajadi. Rasa tenang je bila tengok suasana macam ni.Hilang stress oiii


Kalau nak diceritakan,banyak lagi tempat menarik yang wajib pergi kalau dah sampai ke Kemboja. Dah sampai tempat orang haruslah kena jelajah habis habisan bila da peluang. Kalau tak bila lagi nak sampai kan?

Okay Fiza dah kongsi tempat tempat menarik di Kemboja. Kalau korang nak pergi semua tempat ni bolehlah tengok² pakej yang ditawarkan oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Semestinya pakej ditawarkan sangat murah dan berbaloi.

Pilihlah  Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel untuk percutian ke kemboja sebabnya:
1. Islamic
2. Lebih Murah
3. Lebih Mudah
4. Syarikat 100% hak milik orang Islam yang diruruskan oleh Ustaz Yahya Al-Hafiz
5. Dipercayai di Kemboja & Vietnam 
6. Fasih berbahasa Melayu 
7. Makanan dan minuman yang halal
8. Keselesaan dijamin.
9. Keselamatan juga terjamin.InshaAllah.

Sangat kena dengan slogan Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel itu sendiri iaitu LEBIH MUDAH, LEBIH MURAH, DAN LEBIH ISLAMIC.

Dan Syarikat ini telah mendapat feedback yang positive





Wahh..menarik sungguh! Ini yang buat rasa nak pergi ni.Kalau nak pergi bolehlah tengok² pakej yang ada dulu atau nak book terus ke.Like sekali untuk future reference nanti pun boleh :)

website : www.cambodiamuslimholiday.com
Fanpage : www.facebook.com/CambodiaMuslimHoliday
Alamat : No 805.St 5.Phom1.Sangkat Chrang Chomres1.Khan Russeykeo. Phnom Penh.Cambodia
Hubungi : Call / Sms / WhatsApp / Wechat / Viber [bahasa melayu]
+855 (0) 17 889 234 
+855 (0) 78 50 50 48
Email : cmh.holidays@yahoo.com | cmh.holidays@gmail.com

Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan (http://www.azri.my/) dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

Bercuti ke tempat tempat menarik di Kemboja dengan pakej murah

Untuk join contest. Hantar penyertaan sebelum 1 Mac 2014.Jom rebut peluang menangi hadiah hebat ni.

9 comments:

  1. Nampaknya makin ramai yang join contest ni!

    ReplyDelete
  2. mcm best je !!!! in sha ALLAH kalau free, hana join contest ! :)

    ReplyDelete
  3. mcm best je !!!! in sha ALLAH kalau free, hana join contest ! :)

    ReplyDelete
  4. bestnya tgk gambar budak naik besen kat sungai tu.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah fiza...pemenang tempat pertama...

    ReplyDelete
  6. ada dalam list holiday kemboja nih...tapi nak try pergi memandu sendiri nanti

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.