Aktiviti Mendaki Bukit Batu Putih Tanjung Tuan @ Cape Rachado, Port Dickson

Aktiviti mendaki Bukit Batu Putih Tanjung Tuan @ Cape Rachado, Port Dickson akhirnya berjaya semalam. Orang bekerja kita bercuti. Melayan anak-anak buah menghabiskan cuti semester. 

Kalau tidak, memang susah nak spend masa bersama buat aktiviti macam ni. Lagipun dah lama tak mendaki bukit ni.

Bukit je la mampu setakat ni, nak mendaki gunung memang kena ada stamina lebih. Mendaki bukit Broga pun baru 2 kali, itupun semputttt...

Sebenarnya plan nak ke Broga tapi Broga dah 2 kali pergi, so pilih tempat yang berdekatan je la, decide terus pergi Tanjung Tuan, mendaki bukit batu putih. Plus, kat situ ada laut biru yang cantik.

Kami sampai sini takdelah awal sangat, dalam pukul 9 macam tu baru sampai sini. Dari seremban pun tak sampai sejam dah sampai. So bolehlah datang selalu kan? Errr..kalau ada masa tu bolehlah...

Dah sampai kat entrance Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni ada pos pengawal, bayaran masuk sebanyak RM1 seorang. Laluan utama masuk hutan ni jalan tar. So mudahlah nak mendaki pada awalnya.

Jalan tar ni sampai dekat rumah api tanjung tuan ni. Siapa nak ke rumah api memang mudah ikut jalan tar ni, makcik pakai baju kurung pun mampu naik atas tau. Jangan sampai atas pengsan susah le.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan

Sebelum sampai ke rumah api tu ada beberapa laluan susur masuk dalam hutan untuk aktiviti mendaki bukit ni. Kami ni dahlah first time datang sini.

So tak berapa tahu selok belok jalan cuma refer pada info kawan² yang dah pernah datang sini. Kami masuk laluan last sekali sebelum sampai rumah api, so takdelah tinggi sangat nak mendaki nanti.

Laluan memang dah ada, kalau ikut laluan yang dah sedia ada inshaAllah tak kan sesat. Laluan yang agak mencabar jugak sebab masa lalu jalan tar tu dah memang semput sebab mendaki kan. Inikan pulak jalan berbukit kejap naik kejap turun, kejap mendatar kejap curam.

Ada juga disediakan tali untuk memudahkan perjalanan pendakian. Cuma bila nak naik atas puncak bukit batu putih ni kena mendaki batu pulak, curam dan mencabar betul. Nasib baik sikit je kena daki itupun gigil kaki nak oiii... Kurang dari sejam dah sampai puncak bukit.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan
Gigih betul walau gigil kaki ni

Alhamdulillah..kami selamat sampai ke puncak Bukit Batu Putih Tanjung Tuan ni. Hilang penat dan sakit kaki bila sampai atas ni melihat keindahan Laut biru yang sangat cantik.. Nampak kejernihan air laut dari atas ni. Berapa tinggi? Tak pasti pulak kita wak.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan
Dari jauh ku lihat biru 

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan
Sesekali nak jugak dating atas bukit

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan
yeay! Kami sudah sampai..korang bila lagi?

Bukit Batu Putih
Laut Biru yang menenangkan perasaan. Indahnya ciptaan Allah.

Rasa nak terjun dari atas je. Nampak jernih je air laut biru ni kan?

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan
Kejernihan air laut yang memukau pandangan. Jangan terjun dari atas bukit ni sudah le.

Kalau dah sampai atas ni jangan lepaskan peluang amek gambar view yang cantik ni. Selfie tu dah tentu lah kan. At least sebagai bukti dah sampai sini sebagai kenangan. Kalau ada masa inshaAllah boleh datang sini lagi. 

Notapink : Jangan lupa bawak kelengkapan mendaki. Bekalan minuman dan makanan. Baca doa sebelum mendaki ye. Moga dipermudahkan perjalanan dan selamat.

13 comments:

  1. wahhh, jelesnya tgk fiza dpt mendaki bukit.. akk dah lama xbuat aktiviti mendaki ni.. ni yg dekat dengan Ilham Resort tu kan...

    ReplyDelete
  2. Hari tu Sha naik Bukit Broga pun semput jugak. Ada la 2,3 kali berenti rehat, hehe.

    ReplyDelete
  3. Wahbestnyer Fiza..Mesti seronok ni kan kan kan..........

    ReplyDelete
  4. Nak naik kena buatsenaman jugak ni..Kalau tak senaman mau mengah dibuatnya...Alahai kalau Kak Lya la agak2 sampai ke tak nak naik ni hahaha..Stamina kurenggg laaa hahahaa

    ReplyDelete
  5. Sesekali buat aktiviti lasak best juga kan..

    ReplyDelete
  6. nak jugak try one day.. menarik tempat ni.. :D

    ReplyDelete
  7. bstnye fiza!
    terasa nk mendaki jgk!

    ReplyDelete
  8. Assalam fizah,
    ish3
    uols ni memang ghajin memanjat yer :)
    baguih3

    ReplyDelete
  9. Salam, kak saya nak tanya jalan mana akak masuk eh nak ke batu putih. Haritu saya pergi tapi tk tahu jalan dkt mana, saya ada sedar satu family ni masuk trek hutan belah kanan sebelum sampai rumah api, tak tanya pulak dia pergi mana itu ke jalan akak guna ye?

    ReplyDelete
  10. ye, ade dua jalan masuk di sebelah kanan sebelum sampai rumah api tu..satu tu betul² dekat sebelum sampai rumah api, satu lagi dalam pertengahan trek, di masuk trek ke bawah sikit

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.