Jelajah Perkampungan Orang Asli Ulu Chembong, Rembau

Ahad lepas berkesempatan pergi jelajah Perkampungan Orang Asli Ulu Chembong, Rembau. Jelajahlah sangat! Padahal ikut encik suami melawat kawasan untuk projek research. Alang alang macam bosan duduk rumah kena tinggal, baik pergi ikut sekali. Tak gitu?

Selepas berhempas pulas berpenat lelah selama 20 minit mendaki bukit di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, maka sampailah ke tapak projek tersebut. Projek clean water untuk disalurkan kepada penduduk orang asli. Itu secara ringkasnya yang saya faham lah. 

Dah nama pun mengikut je. Jadi sekadar tahu itu dan jadi pemerhati. Duduk diam-diam kalau tak tahu apa apa. Okay?

Pensyarah, penyelidik, pelajar, kontraktor, penduduk kampung orang asli dan tak ketinggalan Tok Batin pun ada sekali tengok tengok perkembangan projek. Dorang ni nama je orang asli tapi percakapan dah moden. Mudah nak berkomunikasi.

Mereka pun tak lagi duduk rumah kayu semua tu. Kebanyakkannya dah upgrade rumah batu macam rumah mesra rakyat. 

Perkampungan Orang Asli Ulu Chembong, Rembau

Sementara tunggu mereka berdiskusi, saya layan permandangan bukit kampung ni sebab bukit ni cuma orang asli je yang boleh teroka. Ada juga air terjun di sini. Air jernih tapi kawasan tak bersih penuh dengan daun daun gugur. 

Ye lah kan, bukan kawasan awam pun nak dibersihkan. Tiada siapa datang. Mereka pun mandi di bawah je. Tak ada kuasa pula mereka nak naik bukit semata-mata untuk mandi je kan.

Perkampungan Orang Asli Ulu Chembong, Rembau

Usai je perbincangan, Tok Batin bagi kebenaran untuk kami jelajah air terjun yang katanya ada pantang tak boleh mandi kat situ. Di khuatiri langgar pantang tok nenek moyang. Dah masuk tempat orang, kenalah faham kan. 

Dalam 15 minit mendaki lagi, baru sampai air terjun. Sempat juga tersesat. Risau juga terserempak dengan binatang liar. Akhirnya sampai juga.

Perkampungan Orang Asli Ulu Chembong, Rembau

Saya ingat air terjun kat atas lagi cantik tapi tak seperti yang digambarkan. Penuh dengan daun daun kering. Kalau dibersihkan mesti cantik. Alang alang dah sampai sini, celup celup kaki pun jadilah. 

Air terjun dia memang sejuk. Kalau mandi memang seronok sebab badan tengah panas cuaca pun panas. Kalau dapat berendam memang best. Tapi lupakan je la hasrat tu, biar dia terpendam je lah. 

Perkampungan Orang Asli Ulu Chembong, Rembau

Singgah air terjun atas ni kejap je, lepas tu turun balik. Sepanjang perjalanan naik agak mengah juga nak sampai atas. Nak turun laju je. Itu biasa! Mujurlah juga baru beli kasut baru, dapat juga ikut husband sesambil hiking bukit. 

Perkampungan Orang Asli Ulu Chembong, Rembau

Terpaling saya suka di laluan buluh ni. Tak lepaskan peluang, wajib ambil gambar. Nak sampai sini bukan senang dan bukan boleh sembarangan masuk. Satu pengalaman yang best walau hiking tak seberapa sangat. Kira aktiviti hari Ahad yang menyihatkan badan.

3 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.