Pulut Ayam Ala Thai
Nak tanya, pernah tak kalau kau orang rasa nak makan sesuatu makanan tu dalam masa yang sama kau orang terajin nak masak? Mesti pernah jadi situasi macam tu kan. Situasi macam ni berlaku pada Fiza tengah malam, waktu yang sepatutnya waktu untuk tidur. Entah kenapa rasa teringin nak makan pulut ayam thailand tu. Teringin bukan apa, tiba-tiba rasa macam nak makan pulut ayam Thailand yang sedap tu.
Pernah makan pulut ayam thailand ni masa pergi perlis dan masa festival makanan Thailand tu. Of course lah susah nak jumpa bila kau teringin nak makan. Haruskah pergi ke Perlis atau belok ke Thailand? Memang tak lah kan!
Bila kau teringin sangat makan sampai tak boleh kalau tak makan, gigih masak pulut tengah malam. Masak pulut pun dengan cara cepat. Gunakan periuk nasi elektrik kejap kemudian kukus. Tak payah kau nak rendam beras pulut tu. Kalau rendam sampai esok pun belum tentu dapat makan. Tak tahu nak masak pulut? Boleh tengok entri cara masak pulut kuning mudah. Cuma bezanya tak perlu campurkan serbuk kunyit.
Ayam goreng berempah Fiza campurkan je garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, tepung sikit dan gaul rata. Kemudian goreng je dalam kuali.
Bawang goreng Fiza potong halus. Campurkan garam sikit dan sedikit tepung gandum untuk lebih rangup dan cepat masak.
Sambal manis tu memang dah ada stok dalam peti ais. Jadi, lebih cepat kerja memasak Fiza. Tak sampai sejam dah siap menu pulut ayam ala Thai ni. Kalau kau rajin semua benda jadi mudah kan. Jadi, nak mudah buat kerja, sila jadi rajin.
Sambal manis tu memang dah ada stok dalam peti ais. Jadi, lebih cepat kerja memasak Fiza. Tak sampai sejam dah siap menu pulut ayam ala Thai ni. Kalau kau rajin semua benda jadi mudah kan. Jadi, nak mudah buat kerja, sila jadi rajin.
Saya anak kelahiran Kelantan. Makan pulut dengan kelapa dan ikan masin. Sepinggan pun tak cukup. Setiap kali balik kampung, mesti minta mak masak pulut untuk sarapan pagi.
ReplyDeletesesekali dapat makan pulut memang nikmat terasa :)
Deletenanti pun boleh makan jijah..hihi
ReplyDelete