Day Trip ke Pulau Mersing Dengan Harga Murah
Pulau Mersing @ Mersing Island, salah satu pulau yang menarik di Negeri Johor. Mersing memang terkenal dengan kepulauan yang cantik untuk dikunjungi. Bercuti di Pulau memang best selain menikmati keindahan pantai yang cantik, boleh buat pelbagai aktiviti dan for sure lah tak membosankan walaupun berada di Pulau. Apa yang boleh dibuat di Pulau seperti snorkeling, memancing, island hoping, hiking dan sebagainya.
Paling best dapat menikmati pemandangan indah pantai tu. Bangun-bangun tidur menikmati permandangan pantai sesuatu yang sangat mahal. Siapa yang tak suka pantai kan. Fiza suka sangat tapi agak aquaphobia. Tapi teringin nak pergi bercuti ke Pulau. Apa pasal lah semua pulau jauh-jauh. Salah satu pulau yang Fiza nak pergi adalah Kepulauan Mersing. Tak dapat bercuti lama dapat day trip ke Pulau Mersing pun jadilah. Dapat juga tenangkan fikiran menikmati alam semulajadi and close to nature.
Well, Fiza kongsikan satu pakej day trip ke Pulau Mersing, Johor kalau ada yang berminat untuk rasakan pengalaman pengembaraan pulau ke pulau dalam masa satu hari dengan pelbagai aktiviti.
1. Snorkeling set
2. Snorkeling 5 Pulau
- Pulau Lima Depan (Nemo)
- Pulau Lima Belakang (Gua)
- Pulau Sibu Kukus
- Pulau Mentigi
- Pulau Tinggi (Waterfall)
3. Simple lunch
4. Buah & makanan ringan
5. Mineral water & air kotak
6. Bot transfer pergi & balik(speedboat)
Serious lah Pulau di Mersing ni semua cantik-cantik. Seronok lah kalau dapat snorkeling dan hiking tu. Satu kepuasan! Bila lah agaknya nak sampai sini. Sebagai seorang bangsa Johor rasa terpanggil nak jejak kaki ke sini. Tak dapat lama, dapat buat day trip pun okaylah kan. Boleh siap-siap masuk dalam wishlist.
Untuk pertanyaan dan tempahan pakej, hubungi :
www.wanpulautioman.com
019-2941683
Uisss murah.. best ni klu dpt p bercuti ni..
ReplyDeletemmg cantik, antara pulau yg cantik n semakin ramai yg dtg kunjungi...
ReplyDeleteakak pernah sampai ke mersing tp pulau je tak pernah sampai heheheh...
Walaupun dah duduk di mersing, belum terlintas lagi nak masuk mana mana pulau yang ada. Hehe
ReplyDeleteSyoknya kalau dapat pi melancong ke pulau-pulau macam ni.. rasa tenang je fikiran tengok laut yang membiru tu kan
ReplyDeleteBestnyaa.. Cantik pemandangan dia.. Alahaii bila dapat pergi ni.. Tunggu anal besar baru best pergi sini..
ReplyDeleteterasa macam nak azankan diri sendiri bila tak pernah jejak pulau-pulau kat Malaysia ni selain LANGKAWI...hahahaha...tapi harga dia affordable betul la!
ReplyDeletemurahnya..tempat pun cantik fiza..hurmm..honeymoon xpi lagi nih hahahaa ^_^
ReplyDeleteMurahnya Fiza. Memang cantik Pulau Mersing ni. Pakej yang ditawarkan pun best best
ReplyDeleteEhh kenapa murah sgt tu.. Huhu.. Kita teringin nk ke sana... Pdhl dh kt kluang da... Tp paling kita nk ke pulau rawa . Tp harga dia mak aii.m
ReplyDeleteWow! bet nyer the activities and semua disediakan. Yang paling best harga sangat berpatutan boleh lah pergi cuti beramai-ramai.
ReplyDeleteNice places to visit.
ReplyDeletemenariknya mama tgh survery pakej pulau ni
ReplyDelete