Pakai Contact Lens Boleh Buta!
Saya memang suka pakai contact lens daripada pakai spek mata bila keluar rumah. Pakai spek bila kat rumah je. Sebabnya bila keluar pakai contact lens, tudung tak kembang tepi tu. Pakai contact lens tak mengganggu bentuk tudung.
Lagi satu bila pakai contact lens, keluar dari kereta tak ada masalah cermin mata kabur. Hanya orang pakai spek je faham bila keluar kereta spek berkabus tu.
Tahukah anda? Pakai contact lens boleh buta? Terus rasa nak gelabah, kan? Sila bertenang kawan-kawan. Sebenarnya boleh menyebabkan buta kalau...sila baca artikel di bawah ni.
SHAH ALAM - Taip sahaja perkataan 'kanta lekap murah' di ruangan carian di Internet, anda akan menemui puluhan blog menawarkan produk tersebut dengan pakej harga yang murah.Namun, ramai pengguna tidak mengetahui bahawa mereka terdedah kepada risiko buta apabila menggunakan kanta lekap tersebut yang kebanyakannnya buatan Korea tanpa mendapat preskripsi daripada pegawai optometri terlebih dahulu.Perunding Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Bariah Mohd. Ali berkata, lambakan produk itu yang dijual secara dalam talian bakal mengundang masalah kerana boleh menyebabkan masyarakat menghidap penyakit mata."Ramai remaja suka memakai kanta lekap yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantuan penglihatan tetapi juga aksesori kecantikan kerana ia didatangkan dengan warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan kelabu."Tetapi mereka perlu ingat bahawa pemakaian kanta lekap perlu diperiksa oleh pegawai optometri bagi mengelak sebarang jangkitan, alahan atau lebih kronik mengakibatkan buta," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.- sumber dari kosmo 15sept 2010 -http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2010&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.html
Jadi, berhati-hatilah memilih contact lens dan ambil tahu penjagaan contact lens yang betul. Mata ada sepasang tu je tak boleh ditukar ganti.
bubu SETUJU..!!!
ReplyDeletebru berangan2 nk pakai..
tp sebenarnye tkot2...ngeee
tp tgk owg pkai cntik jew mta...
akk thu bubu ske yg lens itam pekat bsar tu...agaga
akk,leh tlg bubu?
ReplyDeletebubu da wt poll kt nuff..
n nk ltak kt blog..
tp cri coding xjmpe..cne yew?
sy pun pakai lens.. rm30 utk 3bln, beli kat kedai..dah tak pakai dah..sekarang cam sakit je even baru 2 bln n nmpk ok lagi. yang korea py tu mmg murah, lawa n lama tapi mmg tak nak pakai..cam takut je nak pakai utk 1 tahun..huhu
ReplyDeletetapi tetap nak beli jugak..sepet sgt kalo tak pakai..haha
kena jaga kerbersihan ctc lense...insyaAllah tak ada apa2
ReplyDeletededua tak pkai, spek or lens...huhuhuh...
ReplyDeleteUyul pakai contact lens, power mata terus rendah kak. ada sebenarnya bagus contact lens ni. tapi kene pandai jaga.
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan