Apa Yang Lebih Guna Domain Sendiri

Selamat berhujung minggu semua. Hari ni nak berkongsi tentang domain. Ada yang bertanya, mana nak beli domain? Untuk pembelian domain boleh rujuk dalam entry menjawab pertanyaan tentang domain. Harap baca sampai habis dan baca betul-betul.

Dulu, saya gunakan free hosting dari platform blogspot dengan menggunakan domain sihatimerahjambu.blogspot.com. Dan kemudian bertukar kepada domain sendiri iaitu azhafizah.com.

Bila dah ada domain sendiri, bertambah lah sikt semangat untuk jadi seorang pemblog yang berjaya. Haruslah guna domain dengan sebaiknya sebab domain ni berbayar.

6 Kelebihan guna domain sendiri

1. Value

Mempunyai domain sendiri orang akan nampak kita seorang yang serious berblog walaupun tak ada populariti. Tapi blog akan nampak lebih exclusive dan nampak gempak lah kan. Nampak 'mahal'.

Nilai kepuasan berblog tu hanya blogger sahaja yang faham. Menulis blog seolah olah bermonolog dengan diri sendiri juga dan ianya satu kepuasan dalam meluahkan perasaan. Pembaca adalah pendengar kita.
 

2. Jimat space

Apa maksudnya jimat space? Bila dah tak menggunakan hosting percuma, domain akan jadi lebih pendek. Contoh macam azhafizah.blogspot.com jadik azhafizah.com. Kan ringkas dan pendek. Mudah orang lain nak ingat pun.

3. Mesra SEO (Search Engine Optimization)

Dengan adanya domain yang pendek ni, dia sangat mesra SEO. Bila taip azhafizah.com di google. Search engine akan terus index ke azhafizah dan paparan blog akan berada dalam ranking teratas! Tak percaya?

Cuba taip azhafizah di google, tengok apa yang keluar? First rank dah ada sihatimerahjambu dengan latest post. Awesome bukan?

Cuba kalau taip azhafizah.blogspot.com. Agak sukar untuk SEO index kan ke blog sebab berapa ramai yang gunakan blogspot. Mungkin blog akan berada di page 5 dan seterusnya.

4. Hak Milik Kekal 100% Di dunia

"Aku punya blog..suka hatilah apa aku nak buat dengan blog aku!" Haa..penah dengar ayat ni?? Blog adalah hak milik kita sendiri dan kita takkan ada had pon. 

Sebagai contoh google akan tetapkan berapa capacity space blog kita. Maksudnya, berapa banyak file dalam blog kite. Sebab dulu, saya  penah tak boleh upload gambar disebabkan dah melebihi space. Terpaksalah saya delete  gambar lama tu untuk kurangkan space yang digunakan.

5. Selamat

Pernah jadi dulu ramai geng blogger blogspot tak boleh nak sign in blog. Ada juga yang blog kena delete. Tapi yang ada domain sendiri, mereka okay je tak ada masalah. 

Kalau ada masalah pun boleh tanya pada pihak yang uruskan domain tu. Selain tu ade DNS management dan ID protection. DNS management ni saya kurang pasti fungsi dia macamana. Kena tanya kepada yang lebih pakar.

6. Impression visitors

Apa yang paling penting adalah Impression dari visitor blog kita. Contoh paling mudah, bila kita berkunjung ke rumah orang.

Hosting

Hosting ade 2 jenis iaitu percuma dan berbayar. Hosting ni macam rumah kita sewa atau beli. Contohnya blogspot.com/wordpress.com adalah free hosting. Macam saya masih lagi guna hosting blogspot. Belum cuba beli hosting sendiri lagi.

Domain

Domain adalah sebagai alamat rumah kita. Contoh: azhafizah.com tapi masih guna rumah blogspot.com.

Kesimpulan dia, domain alamat rumah dan hosting pulak rumah yang kita beli/sewa. Pilihlah nama url yang bagus dan cara susun blog biarlah kemas. Baru sedap mata memandang dan pembaca selesa nak membaca pun.

6 comments:

  1. wahh..dah ade domain sndiri ek..tahniah..

    ain tak terfikir lg nak ade domain sbb tkt x terupdate blog ni..hehe

    ReplyDelete
  2. aisey..ade limit ker gambar nak diupload kalo blogspot??ni yang rasa macam nak tukar ni:P:P

    ReplyDelete
  3. keh keh keh.. domain sndri amatlah penting. :D

    ReplyDelete
  4. agak2 cane nak beli hosting ngan blogspot ek ? g website dia eh ?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.