Maksud Nasi Minyak
Sebut je nasi minyak pasti teringat nasi minyak pengantin. Bila musim cuti sekolah, memang banyak jemputan kenduri kahwin. Rezeki dapat makan nasi minyak pengantin setiap minggu kalau ada jemputan.
Nasi minyak - ناسي ميڽقHidangan nusantara berasal daripada nasi masakan Palembang yang dimasak dengan menggunakan minyak sapi dan rempah-rempah khas.
Apakah Maksud Nasi Minyak?
Hidangan nasi minyak dikatakan asalnya dari Kota Palembang, ibu kota Sumatera Selatan. Ada kalanya dipanggil juga dengan nama nasi minyak Palembang.
Nasi minyak dipengaruhi oleh masakan dari India dan Timur Tengah kerana penggunaan minyak sapi dan juga rempah ratus tertentu seperti buah pelaga, bunga lawan, bunga cengkih, jintan, kayu manis, bawang merah, bawang putih, serbuk kari dan sebagainya.
Di Palembang, hidangan nasi minyak merupakan hidangan tradisional ketika musim perayaan atau acara tertentu. Sesetengah masjid di Palembang menyediakan nasi minyak percuma selepas solat Jumaat.
Manakala di Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura, nasi minyak dihidangkan semasa majlis perkahwinan.
Berbeza pula di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pattani, Selatan Thailand yang menganggap nasi minyak adalah hidangan biasa yang dihidangkan untuk sarapan pagi atau pada bila-bila masa tidak terhad kepada majlis tertentu sahaja.
Harap jelas dengan penerangan maksud nasi minyak yang dicari oleh seseorang. Terperasan keyword ni dari cariaan keyword di nuffnang.
Aneh-aneh keyword yang muncul. Harapnya terjawab sudah soalan yang dicari itu. Nah, saya belanja gambar nasi minyak. Rindu dah lama tak makan nasi minyak.
haha.. i pun xtahu hape maksud nasi minyak. yang i tahu,bedal nasi minyak je. memang sodapppppp. <3.<3
ReplyDeleteHahahaa..
ReplyDeletelawak la dengan carian keyword "maksud nasi minyak" dengan keyword "menyampah tengok watak nora elena" kahkahkahh..
Mesti orang tu jarang pi kenduri kahwin sampai nasi minyak pon dicari maksud kat tenet~
nasi minyak tu nasi berminyak. muahahahhaha !
ReplyDeleteHahahhaa ape yg die crik kat nasi minyak. Die google menu kot.
ReplyDeleteBtw Fiza jgn tension2 if org tnya bile nak mkn nasi minyak.. Sbb soklan tuh takkan berakhir disitu.. Sbb nye org dah kwin ni pon ringan je mulot dorang tnya 'bile nakk ade isi?' hurmmm hadoo2 je dorang ni. wat dek kan sajo! btw salam perkenalan dr ku utk muh. :p
hahhaa..pelik2 jerh..dorg search haihhh.. :P
ReplyDeletehahaha! ade jugaq yg bersusah payah nak tau mksd nasi minyak tu ... mesti omputeh ni, hahaha~~
ReplyDeleteadeh! teringin makan nsik minyak pulak memalam buta ni huhu~
ReplyDeletehahaha i pun pning pk.. ermm let me try, mksud nasi minyak is nasi khas masa kenduri kawen.. ;P
ReplyDelete