The mysterious makcik
" The mysterious makcik" is the story of two beautiful young girls who lived in kampung and their parents had to go to town, so they left their daughters home alone. Fahami dan teka apakah yang akan terjadi dalam kisah di bawah semasa ketiadaan ibu bapa mereka.
Milah dan Mijah kebiasaannya kalau weekend je mesti berehat kat rumah mengadap tv. Layan la apa-apa cerita yang menarik. Tapi sejak-sejak akhir ni banyak betul cerita gangster dan hantu je, malas pulak nak tengok TV. Malaysia ni banyak gangster dengan hantu ke?
Disebabkan tinggal berdua je dan segala kerja rumah dah setel awal-awal pagi, so berehat bersama kit kat je la depan tv.
Tapi Sejak-sejak ayah ganti TV lama dengan LCD 32 inci, siap dengan Astro First, rajin lah pulak Milah dan Mijah tengok TV. Keh keh. Sebelum ni tengok dalam drama orang-orang berada je pakai TV macam tu. Sekarang dah mampu milik ni rasa excited pulak (baca : jakun)
Tiba-tiba ada orang bagi salam.
"Assalamualaikum... Makcik ada jual patung angry bird ni. Murah-murah."
"Assalamualaikum... Makcik ada jual patung angry bird ni. Murah-murah."
"Eh ada orang bagi salam. Waalaikumsalam."
Datang sorang makcik yang tak pernah dikenali kampung ni. Muka nampak suci murni je. Kesian pulak biar kat luar so ajak lah dia masuk. Mijah buat air di dapur. Milah pula sibuk melayan makcik tu.
Rancak jugaklah mereka berdua bersembang sampai makcik tersebut lupa tujuan asal dia datang ke rumah tu.
Makcik : ehh..lupa pulak makcik. Tapi anak kena dok diam-diam ye.
Milah :?????
Makcik tersebut tersenyum melihat muka Milah yang sedang berkerut dahi tu lalu mencapai beg plastik hitam yang dibawanya kehulu hilir tadi. Sreeet srooot sretttt bunyi plastik tu, tangan makcik meraba-raba ke dalam plastik tetapi mukenya seperti sedang menahan sakit.
Milah : *dalam hati. (phew~nasib baik. Kalau betul-betul sakit tadi naya je aku). Ok, makcik carilah dulu kat dalam tu ye sambil menunjukkan jari telunjuk ke plastik hitam itu.
Makcik : Baik-baik. Makcik cari ni. *sambil angguk-anggukan kepala tanda setuju.
selepas 1minit 5saat...
Makcik : Haa..ni dia nak patung angry bird nya.
Milah : warghhhhh
Tak semena mena Milah menjerit bila tengok patung angry bird tersebut. Comel sangat ke? ke hodoh sangat? sampai macamtu sekali Milah menjerit.
Jeng jeng jeng. Makcik tersebut hampir pengsan mendengar jeritan Milah. Milah masih lagi menjerit tak berhenti, Makcik tersebut juga hampir hampir nak pengsan. Jari jemari makcik tersebut berlumuran darah.
Milah jadi tak keruan. Air mata darah teringin sekali ingin keluar tapi apakan daya air mata jernih jugak yang keluar.
Milah jadi tak keruan. Air mata darah teringin sekali ingin keluar tapi apakan daya air mata jernih jugak yang keluar.
Milah melihat tangan makcik tersebut sudah tidak bermaya memegang patung angry bird itu.Manakan tidaknya, patung angry bird tersebut rupanya patung jadian.
Disebabkan Milah tak dok diam-diam masa makcik tersebut nak keluarkan patung tadi, patung angry bird telah bertukar menjadi the real angry bird.
Memang angry la bird tersebut setelah bertukar tadi lantas terus mematuk tangan makcik tersebut sampai berlubang-lubang dan berdarah.
Mijah yang berada di dapur tadi lintang pukang berlari ke ruang tamu setelah mendengar Milah menjerit tadi. Mijah terkejut melihat Milah terbaring di atas lantai akan tetapi makcik tersebut tiada di situ.
Kemudian mak dan ayah mereka balik. Setelah Milah bangun dari pengsan, dia menceritakan hal tersebut kepada mak ayah dan Mijah.
Ayah : Kamu tak tahu ke yang orang kampung heboh dengan patung angry bird ni.
Milah : Kenape ayah?
Ayah : Pasal kejadian macam ni lah
Milah : Err..mana saya tahu ayah
Ayah : Haa tu la..lain kali ambil tahu sikit hal luar jangan menghadap TV je kat rumah ni. Mentang-mentang ayah dah masukkan astro First tu. Kamu segan-segan nak keluar rumah. Lepas ni kena ambil tahu jugak hal luar. Apa-apa jadi kan susah..
Milah : Baik ayah.*tunduk rasa bersalah
Ayah : kamu pun sama Mijah.*sambil menunjuk jari ke arah mijah
Mak Mijah menahan rasa geli hati yang terbuku dalam hati nya. Ingin saja dia gelak dengan keadaan Milah dan Mijah yang dalam ketakutan tu. Dahlah takut, kena marah pulak tu..
Mak kemudian bersuara
Mak : Sebenarnya apa yang terjadi tu adalah realiti. Tadi mak dan ayah keluar bukannya kemana-mana. Makcik tadi tu sebenarnya adalah mak. Mak saja menyamar jadi makcik misteri tu sebab nak ajar kamu supaya jangan main lagi gama angry bird tu. Angry mak dibuatnya. Kamu tak belajar kalau aysik dok menghadap main game tu je.
Milah dan Mijah berpandangan sesama sendiri. Nak marah pun ada. Tapi akhirnye berakhir dengan gelak sesama sendiri.TAMAT
Moral value:
*jangan asyik dengan sesuatu benda, kena juga ambil tahu hal yang lain
*jangan main game angry bird, nanti makcik misteri datang. Hew hew~
Fuhh..Penat mengarang cerita untuk memeriahkan segmen dari nurdani pakar doodle excel tu.
waaah........kreatif! hahaha.good luck fiza.thanks for joining!
ReplyDeletex dpt bygkan klu btul2 ada makcik jual angry bird hehehe :)
ReplyDeletehahaha,,lawak..angry bird dah jadi trend..suma golongan main..tua muda pon same..:D nak pandai fizik mainlah angrybird,,
ReplyDeletekreatiffffffff!!!! hikhik.pndai la sis buat citer.kehkhekeh
ReplyDeletekreatif sgt buat cerita eh..ada2 saja..lawak pon ada..=p good luck
ReplyDeletefiza, cmner nk request designkn blog tuk sy?...
ReplyDeletehaha~ angry bird bertukar jadik angry mak ! caya lah , kreatip betei buat ceta neh :)
ReplyDeleteoh, sampai macam tuh sekali ke? hehehe...
ReplyDeletehaha. byk idea dia mengarang.ekeke. good luck kembar
ReplyDeleteFik vote citer ni.
ReplyDeleteBest dan ada pengajaran yang tersirat.
Moralitinya jangan dok lalai main game angry birds sampai buku hapah pon tak bukak..
Nice story babeyh~ ^^
hahaha, tmbh lg jgn asik berbelog aje...sian kat mak
ReplyDeletemak yang kreatif! haha. trauma anak die =_=
ReplyDeleteSimple dan menarik
ReplyDelete