Ala-Ala Oversea di Bukit Tinggi Pahang

Sekali imbas tengok gambar macam di oversea. Tapi sebenarnya hanyalah di Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia je. Berpeluang dapat honeymoon di Bukit Tinggi Pahang ni pun dah best dah ni.
Bukit Tinggi Pahang
Entrance Colmar Tropicale Bukit Tinggi


Saya pernah ke sini 2 kali dengan si dia dan juga anak-anak buah. Perjalananan dari Kuala Lumpur rasanya lebih dekat sikit untuk ke Bukit Tinggi Pahang ni.

Yang menariknya, bangunan dan suasananya serba serbi macam oversea. Sejuk pula tu. Tempat tinggi kan, haruslah sejuk. Permandangan yang yang menarik di Colmar Tropicale.

Bukit Tinggi Pahang

Lagi best kalau dapat menginap di mana-mana hotel Bukit Tinggi Pahang ni. Bangun pagi-pagi, celik mata tengok permandangan indah dengan suhu yang sejuk. Indah betul!

Bayaran masuk Bukit Tinggi/ Bukit Tinggi Entrance Fee

Nak masuk ke Bukit Tinggi ni kena bayar RM12 untuk dewasa. Kanak-kanak tak pasti pulak berapa sebab anak-anak buah dah kategori dewasa.

Japanese Village

Pergi Bukit Tinggi Pahang wajib pergi Japanese Village. Japanese Village adalah Sebuah perkampungan Jepun ciptaan ala-ala perkampungan di Jepun. 

Japanese Village-Bukit Tinggi Pahang

Bergaya Dengan Kimono

Dah alang-alang tu, pakailah sekali Kimono acah-acah berada di Jepun. Harga sewa kimono RM20 untuk 20 minit sahaja.  Pertama kali pergi dulu dapat kimono warna purple, kali kedua dapat warna peach. Warna pink entah bila nak dapat entah.

Japanese Village Bukit Tinggi Pahang Malaysia

Dalam Japanese village ni ada menyediakan spa juga. Dapat honeymoon dan berspa kat sini memang best lah. 

Sebelum balik, singgah di Botanical garden. Pencinta pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan wajib singgah sini. Ada bermacam-macam jenis bunga. Ada disediakan juga cafe yang unik kat atas tu.

Cafe Botanical Garden Bukit Tinggi Pahang

Kali kedua kesini tak sempat nak menjengah ke Rabbit Farm sebab hujan masa tu. So, decide terus balik je lah. By the way, kalau nak masuk Rabbit Farm kene bayar RM8.00.

16 comments:

  1. gambar yang last tu cantik.pakai camera apa?

    ReplyDelete
  2. bestnye fiza..bercuti sakan die..jelesnye!!!

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat jalan2 ye... :)

    p/s: new entry, Pelangi Lapan Warna-kolaborasi kispen dari 4 writers

    ReplyDelete
  4. seronoknya die..lama dah nak g bukit tinggi tp sape mau bw.huhuhu.

    ReplyDelete
  5. dh lama plan nk olidei kt japanese village tu, tapi blom ada rezki laa, huh...

    ReplyDelete
  6. best la pi sna..comel dio pkai baju tu hehe ^_^

    ReplyDelete
  7. waaaaaa...cantiknya tempat tu. mmm.....ini kali pertama sya datang sini....mantoplah blog ini....suka2....penuh dengn pink2....gitu.

    ReplyDelete
  8. hhuhuhuhu kaloi tak pernah smpai pun kat sini
    teringin gak nak pergi

    ReplyDelete
  9. Wah,...jelesnya...ada org pakai kimono....

    ReplyDelete
  10. comelnyer fizah..suke rambaut fizah tu...wah wah..bulan doblas ni akk nak ke cameron pulak..

    ReplyDelete
  11. Mcm best je...
    Pahang eh??
    Tapi takde transport nak gi dari KL..
    Huhuhu...
    Nak tunggu family, ibu ayah da tak larat..

    ReplyDelete
  12. saja jalaan jalan entry lama kak fizah sekali nampak ini. ehh macam nak gi honeymoon. ehh lupa belum kawen lagi hehehehehe,

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.