Resepi: Lauk Paprik Campur

Lauk paprik, antara hidangan favourite saya. Hidangan menu 2 in 1, tak perlu masak lauk lain pun takpe dah. Saya suka masak guna resipi paprik simple je. Kaedah campak-campak siap gitu. Kalau mask resipi paprik campur ala thai tu lagi sedap rasaya.

Resepi: Lauk Paprik Campur

Resipi Paprik Simple

Bahan bahan:
3 ulas bawang putih (*ditumbuk)
2 ulas bawang merah (*ditumbuk)
1 ulas bawang besar (*dipotong)
1 keping asam keping 
2 incin halia (1/2 ditumbuk,1/2 dipotong halus)
cili api *mengikut tahap pedas masing-masing (dipotong halus)
3 sudu besar cili kisar 
kicap
1/2 sudu kecil garam
air masak secukupnya
minyak masak

Ayam (*dipotong kecil)
kubis bunga (*dipotong kecil)
carrot panjang (*dipotong kecil)

Bahan bahan lain boleh ditambah dan dipotong kecil juga macam brokoli, kacang pea, jagung muda dan sebagainya. Tapi saya gunakan 3 yang diatas sebab nak resepi paprik simple je. 

Cara penyediaan :
1.panaskan minyak masak
2.Tumiskan bawang putih/bawang merah/halia yang telah ditumbuk 
3.Setelah naik bau,masukkan cili kisar.Kalau tak cukup 3 sudu boleh tambah secukup rasa.
4.Masukkan sekali asam keping/garam dan kicap mengikut citarasa.
5.Dah macam garing sedikit,masukkan ayam dan masukkan air.
6.Biarkan ayam masak sedikit dan barulah masuk kan carrot dan kubis bunga.
7.Masukkan bawang besar/halia dan cili yang telah dipotong.
8.Tunggu sehingga ayam dan sayur masak.Sedia untuk dihidang

Mudah bukan? Jadi para bujangan boleh lah cuba resepi simple ni masak cara saya. Cara orang lain mungkin berbeza. 

12 comments:

  1. sedapnye! nk try la. :)

    nk tukar banner? tggal komen kt blog saya ye. :)

    ReplyDelete
  2. erk..lapar tetibe...
    sedapnye sis..

    ReplyDelete
  3. rara suke paprik yg nmpk hitam tu.fuhhh sedap nya.

    ReplyDelete
  4. Amboii.. meriah betul ekk dia masak ayam paprik! Memang serius boleh buat orang terteguk air liur ni..

    Thanks sebab sudi share resepi paprik ni... dah lama nak buat tapi asyik lupa jer hahaa..

    InsyaAllah kalau ada masa nak try resepi yang kaw-kaw ohsem ni :)

    ReplyDelete
  5. dahlah xmakan tengahari lagi ni..
    Gulllppp...
    lapar-___-"

    ReplyDelete
  6. nyum nyum ^^ sedap nyeaaaaa :) mahu try2 ! ^^

    ReplyDelete
  7. dah lama kak izan tak masak paprik nih... org bujang pun kadang2 masak lebih hebat dari ibu2 kan!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.