Musim Durian Crepe

Selepas musim pavlova, sekarang musim durian crepe pulak dah! Ramai lah di luar sana yang mengidam Durian Crepe ni. Sana sini teringin nak makan durian crepe. Untunglah dapat makan kan.

Maaf, saya tak into the scene sebab bukan peminat durian. Senang cakap, tak makan durian. Jadi, taklah mengidam macam kau orang kan. Haritu pergi rumah kakak, dia ada offer durian crepe. Memang tak lah nak makan.

Resepi durian crepe dan cara buat durian crepe
sumber : Azlita masam manis

Mujurlah bukan ada durian crepe je masa tu. Ada juga bluebery crepe. Sedap jugak! Jatuh cinta tiba-tiba dengan style crepe ni. Well, kalau ada yang nak cuba resipi durian crepe Azlita Masam Manis boleh rujuk resipi dalam gambar atau dibawah ni.

Resepi durian crepe dan cara buat durian crepe

By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti

Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Cara buat durian crepe

  1. Satukan semua bahan di atas di dalam bekas dan kacau rata
  2. Masukkan dalam blender dan kisar. Kemudian tapis
  3. Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
  4. Panaskan hingga kuali benar-benar panas
  5. Oleskan sedikit minyak pada kuali
  6. Kemudian kecilkan api
  7. Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe. Adunan tak perlu di balikkan
  8. Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
  9. Buat sehingga habis
  10. Biarkan sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

Bahan-bahan :
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Cara penyediaan :
  1. Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
  2. Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
  3. Bentangkan 1 keping crepe
  4. Letakkan Whipping Cream di tengahnya
  5. Letakkan isi durian
  6. Tutupkan semula dengan Whipping Cream
  7. Lipatlah crepe
  8. Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
  9. Enak di hidangkan dingin

Sumber : Azlita Masam Manis 

Nampak gaya cara buat durian crepe ni macam mudah. Ada kerajinan bolehlah cuba tapi filling bukan durian yang pastinya. Sebab tak makan durian. Bolehlah cari idea lain untuk gantikan filling durian tu.

Selamat mencuba.

21 comments:

  1. rugi nyer tak makan durian. huhu.. pepun, selera masing2.. xdapat lagi nak try durian crepe ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. durian crepe???first time dgr....suke durian..^__^

    ReplyDelete
  3. Yang saya dengar2..Pencipta Durian Crape ni adalah orang kat hong-kong..dia buat durian crape then jual kat hong-kong tapi memang mahal giler lah dia jual coz durian hnya leh dapat kat malaysia..Pastu dia pun g bukak kat malaysia pulak..

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan lagi ni...
    makan durian pon sedap :)

    ReplyDelete
  5. fiza..kak intan ni suka durian tapi sampai la x da rezekilg nak merasa durian crepe ni...:)

    ReplyDelete
  6. x prnh mkn lgi ni.. blik ni nk kna buat.. hehe

    ReplyDelete
  7. Teringin gak nak rasa.. Macam sedap.. Nyum2..

    ReplyDelete
  8. sedap jea.mcm crepe dah skarng ni yea.
    nik suka durian.sebab tu mengidam lama dah nak mkn crepe durian

    ReplyDelete
  9. memang nak buat jugak suatu hari.nak rasa sangat mcm mana sedapnya crepe tu.

    ReplyDelete
  10. pavlova datang lah.. durian crepe dah muncul.huhu

    ReplyDelete
  11. sis mkn durian tapi kalau masukkan dlm bubur atau atau masuk dlam kuih mmg tak bole nk telan..

    ReplyDelete
  12. wahhhhh sedapnyeeeee! tringin lama da tp x dpt2 lg.... nak wat malas. hihihihi

    ReplyDelete
  13. aiNa salah sorg yang tgh mencari durian crepe!! huhuhuhu... =)

    eh blueberry crepe pn macm sodap je.. hehehe. ^^

    ReplyDelete
  14. adoii.. byk btol citer pasal durian crepe ni. terliur den

    ReplyDelete
  15. sana sini tgh demam makan Durian Crepe ni kannnnn hehehe

    ReplyDelete
  16. geng bertambah..arra pun tak makan durian..:)

    ReplyDelete
  17. sekali je rase durian crepe tu terus rase macam terbang! nak nages pon ade, sebab sedap sangat!!! ya Allah... best! best!
    korang slalu order dgn sape?

    *jom bloggers, diyana perlu lebih ramai followers, FOLLOW blog diyana jugak!
    www.diyanamarissa.com tq!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.