Kursus Kahwin Di Darul Dedikasi Management Senawang, Negeri Sembilan.

2 minggu lepas saya dan encik suami pergi kursus kahwin. Dah nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak pergi kursus kahwin kan. Itulah tak nak pergi awal-awal. Kalau tidak dah senang tak perlu fikir pasal kursus dah. Fikir persiapan majlis je.

Kursus kahwin ni wajib ni. Kalau tidak, tak boleh kahwin lah kita. Saya dan encik suami pilih kursus kahwin di Darul Dedekasi Management Seremban.

Bila dah berada di Negeri Sembilan ni, of course lah kita akan dengar loghat Nismilan. Layankan je. Hilang mengantuk! Ada yang tak faham tu, kita buek-buek paham yolah.

Alhamdulillah..akhirnya berjaya memiliki sijil pra perkahwinan ni. Sijil inilah akan digunakan beberapa bulan/kurang dari 90 hari..nervous!

Kursus Kahwin Di Darul Dedikasi Management Senawang, Negeri Sembilan.

Sesiapa yang nak amek kursus kahwin, sila lah ambil awal-awal. Yuran RM80 setiap sorang. Jadual untuk kursus kahwin akan diberikan kepada setiap peserta. Breakfast and lunch provided. Mudah tak perlu fikir nak makan kat mana.

Kursus Kahwin Di Darul Dedikasi Management Senawang, Negeri Sembilan.

Mulai Jun kursus kahwin akan dilanjutkan beberapa hari dan siap ada ujian lagi tu. Bersiap sedia lah dengan segala ujian tu.

Alhamdulillah lega dah selesai satu hal. Masih banyak lagi perlu di diselesaikan. Semoga urusan kami dipermudahkan Allah SWT.

14 comments:

  1. he3..yg sy punya xthu dh letak mn, sbar jelh..tmpat sy pntai timur rm50 je yuran..mgkin stiap ngeri lain-lain kot..atau skrg dah naik

    ReplyDelete
  2. alhamdllah fiza dah yer :)
    ishhh..rasa nk dekat dah jer hehee :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah selamat dah kursus :)

    kak lea dulu kursus under MAS,KLIA.mak pulak orang kuat kat masjid dalam tu.masa tu anak2 cuma bayar yuran kursus RM10 je untuk 2 hari.pengisian pun mantap dan dijemput panel yang terkenal.

    rasanya korang zaman sekarang lagi best..macam2 pilihan ada dan setiap nota yang disalin jangan hilangkan..berguna masa tempuhi perkahwinan :)

    ReplyDelete
  4. ada yg kata t nak buat lama lg siap kena tidur..jgnlah cmtu..aish...

    ReplyDelete
  5. eh fiza kursus kt senawang erk?dekat dah ngan akak nih

    ReplyDelete
  6. Oh..ingatkan kursus apelah kat seremban. hehe. Zai pg yg kat uitm je sem lepas, hihi :)

    ReplyDelete
  7. murah eh RM80...kwn2 cakap kat Sabah RM100 kot..ne yg cuak dengar..dah lah nanti pg sorang2,sebab encik BF dah ada sijil..huhuhu~

    ReplyDelete
  8. fiza tempat kursus kita samalah...azie pergi awal februari hehe..:D

    ReplyDelete
  9. hee best nye bila wat prep wedding ni huu..Ya Allah permudahkan lah rezeki serta jodoh ku Amin2

    ReplyDelete
  10. saya nak tanya sijil nya sah di mna2 shja ka? sbb sy org kedah dan keje di n9.. nk balik kampung susah cuti.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sah di mana mana..sebab saya orang johor..nikah di johor cuma kursus kahwin di n9 :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.