Pameran pengantin Malaysia 2013-Edisi ke 33

Sepatutnya saya update hari Sabtu sebab hari Ahad dapatlah korang pergi. Tapi apakan daya disebabkan kepenatan dan sibuk siapkan kerja, so tak dapatlah nak update blog.

Tapi takpelah saya akan share mana yang boleh di guna pakai untuk bride/groom to be ye. Pergi pun tujuannya untuk tempah printing kad kahwin. Kebetulan kedai yang saya nak tempah tu ada buka booth di pameran tu. Alang alang nak pergi tu baik terus pergi Putrajaya International Convention Centre (PICC) je la.

Pameran pengantin Malaysia 2013-Edisi ke 33
Ini bakal pengantin! ehem


Alhamdulillah, rezeki pergi sana. Dapatlah FREE 2 bunting kalau hantar printing kat booth. Kalau kat kedai memang tak dapatlah. Dah jimat sikit bajet untuk bunting tu. Ok kat situ dah cut bajet sikit kan.

Then, dapat diskaun lagi RM50 sebab hantar design gune file .psd photoshop. Yeay! sangat jimat ye. Kalau nak jimat sila design sendiri kad kahwin korang.

Sebenarnya agak dah lambat juga hantar printing. Tapi disebabkan printing shop ni kata 7-14 hari je. So ON je la. Harap harap janji ditepati!.Ok da selesai tujuan asal ke sini.

Pameran pengantin Malaysia 2013-Edisi ke 33

Cantik entrance majlis perkahwinan macam ni. Wow!
Pameran pengantin Malaysia 2013-Edisi ke 33

Fuh fuh tarik nafas dalam dalam tengok pelamin ni.Kalau tengok harganya terus pingsan!
Pameran pengantin Malaysia 2013-Edisi ke 33

Semua benda pun cantik dalam pameran ni. Bak kata saya tadilah kan, semua ni untuk mereka yang memang ada bajet lebih. Tapi tu lah urusan kahwin kena bijak survey dan memilih. Ini pun saya rasa macam ada yang terlebih je ni. 

Lepas pergi PICC, kemudian kami pergi melawat sekitar tempat untuk pre wedding shoot nanti di putrajaya. Nak tahu kat mana? Tunggu saya update nanti ye.

8 comments:

  1. best pagi?sy kalau pegi x tempah apa pon..tp dpt la idea ckit2kan

    ReplyDelete
  2. fiza kita tak pegi tau, tapi kawan kita pegi sbb dia nak kawen kan... bila dia balik tu tgk pamplet, mak oi macam nak terkujat kita.... sampai ke RM 32k pun ada... gilaaa ahhh!!!!

    kalau duit byk sekali pun. tak semestinya kena berhabis untuk wedding kan. kehidupan selepas wedding lebih diutamakan!!! itu pendapat kita lah!

    btw, nati jangan lupa bgtau awal2 tau fiza tarikh fiza.. eksaited kita!

    ReplyDelete
  3. KALAU BAB KAWEN2 NI MMG TAKDER MURAHNYA ZA..KENA BAJET KAW-KAW PUNYA LAH..HUHU

    ReplyDelete
  4. kalau tempah semua tu utk wedding mmng huru haralah hidup lepas kawen nanti nk bayar hutang haha..

    berjimat itu perlu. lagipun perkahwinan ni bukannya sekali seumur hidup eh eh?

    ReplyDelete
  5. Akak pun suka pergi cuci mata tiap kali ada pameran pengantin cani.. Hehe.. Tapi cuci mata jelah.. Hehehe..

    ReplyDelete
  6. Akk rasa direct pegi butik yg kita suka je...kalo pegi pameran camtu memang mencekik darah :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.