MAJLIS RESEPSI MOHD AIDIL & AZHAFIZAH : SEPTEMBER ,14 | Kuala Pilah,Negeri Sembilan

Seminggu sudah berlalu majlis sebelah encik suami. Secara rasminya selesai sudah majlis kami bagi kedua dua belah pihak. Alhamdulillah. So yeay! Da boleh rehat sepuas puasnya.

Pejam celik pejam celik dah nak sebulan kami memegang status suami isteri. Happy! Seperti yang dirancang, majlis sebelah lelaki buat ringkas je tak ada sanding bagai dan lebih kepada gaya santai je.

Saya bertolak dan bersiap-siap dari kampung saya di segamat sebab menggunakan perkhidmatan mak andam yang sama. Masih ada masalah baju. Baju kali ni tersempit pula. Baju sebelah saya hari tu oversize, kali ni overfit pulak. Mujur boleh muat lagi tu.

Dugaan betul jadi pengantin ni. Ada je yang merundum kan mood.

Dari Segamat pukul 11.00 pagi. Cuaca sangat cerah dan bila sampai ke Kuala Pilah dalam pukul 1. 00 petang dah hujan. Syukur juga bila sampai di rumah hujan dah reda cuma hujan sikit je la.

Turun kereta pengantin kena payung diri sendiri. Nasib baik jugalah mak andam ada sediakan payung. Barulah namanya sediakan payung sebelum hujan.

Keluarga encik suami terpaksalah jadi pengapit terjun. Anak buah saya tolong pegang kain baju pengantin yang overflow tu supaya tak kotor kena lecak.

MAJLIS RESEPSI MOHD AIDIL & AZHAFIZAH : SEPTEMBER ,14 | Kuala Pilah,Negeri Sembilan

Sampai-sampai je terus ke meja makan beradab. Serius lapar sebab awal pagi dah kena make up tak sempat nak makan sarapan uii.

MAJLIS RESEPSI MOHD AIDIL & AZHAFIZAH : SEPTEMBER ,14 | Kuala Pilah,Negeri Sembilan

Untuk photoshoot outdoor, kami ke Istana Sri Menanti. Bangunan ikonik Kuala Pilah yang popular. Tempat pun cantik menarik.

MAJLIS RESEPSI MOHD AIDIL & AZHAFIZAH : SEPTEMBER ,14 | Kuala Pilah,Negeri Sembilan

Alang alang dah pergi situ apa kata turun ke sawah kejap kan. Berhadapan dengan pintu gerbang ke Istana Menanti.

MAJLIS RESEPSI MOHD AIDIL & AZHAFIZAH : SEPTEMBER ,14 | Kuala Pilah,Negeri Sembilan

MAJLIS RESEPSI MOHD AIDIL & AZHAFIZAH : SEPTEMBER ,14 | Kuala Pilah,Negeri Sembilan

Ok, tu je nak ceritanya. Mana yang sempat datang tu Terima kasih banyak banyak dan pada mereka yang tak sempat datang tu, boleh tatap gambar yang ada ni.

Terima kasih semua orang yang menjayakan majlis dan yang sudi datang ke majlis kami. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...

12 comments:

  1. rase mcm nk sanding lg skli jeeeeeeeeee.. haha.. cantek gmbr..

    ReplyDelete
  2. Cantik baju fiza... Design kita lebih krg... Tp perot sara x dpt nk cover... Hahahahaa... Mjls bertandang bln 11 tatau nk pki baju apa... Huhu..

    ReplyDelete
  3. sweetnya.. hehe
    suka baju pepel tu unik la dan gambar ada sentimental value ;)

    ReplyDelete
  4. sorry fiza, kak izah tak dpt jugak berpeluang nak ke majlis belah lelaki.... cantik sgt dress fiza in purple color. my feveret kale jugak tau! anyway, k izah nak ucapkan selamat pengantin baru. k izah doakan semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal bahagia buat selamanya dan cepat dapat baby....

    ReplyDelete
  5. Alolooo.. comellllnyaa. semoga berbahagia hingga akhir hayat. maaf for the late wish .teehee !

    ReplyDelete
  6. tumpang bhgia tgk kwn2 happy..tahniah fiza :)

    ReplyDelete
  7. best dapat bergambar kat kampung2 mcm nih

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.