Resepi : Ayam Panggang Sihatimerahjambu

Ini resipi mudah untuk hari ni merangkap menu lunch dan dinner saya dan encik suami. Resipi Ayam Panggang Sihatimerahjambu mudah dan menggunakan bahan bahan simple je. Konsep dia guna apa yang ada.
 
Resepi Ayam Panggang
1 biji bawang besar bukan ulas

Resepi Ayam Panggang

Bahan-bahan

Ayam di potong sederhana besar. Resepi ni untuk 6 ketul ayam je.
  • 1 Biji bawang besar. Kalau guna bawang merah kecil pun boleh dalam 3-4 biji bawang merah kecil. 
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ibu jari halia
  • 1 ibu jari kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar gula pengganti madu. Kalau ada madu, sila letak madu.
  • 1/2 sudu atau 1 sudu garam halus. Kalau dah letak kicap pekat banyak, kurangkan garam.
  • 1 sudu kecil serbuk pasti sedap atau cukup rasa. Tak nak letak pun tak apa.
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu kicap pekat
  • 1 sudu minyak masak

Alatan :
Pemanggang ajaib @ oven

*Untuk extra flavour boleh campurkan dengan sos lada hitam. 

Cara penyediaan

  1. Kisar bawang merah besar, bawang putih, halia, kunyit, lada hitam, gula, garam, serbuk pasti sedap/cukup rasa. 
  2. Kemudian gaul dan ratakan bahan bahan yang telah di kisar dengan potongan ayam. Pastikan bahan sebati dan serata dengan ayam. Lepas tu baru masukkan sos tiram dan kicap pekat dan gaul rata.

Resepi Ayam Panggang

Bila dah gaul rata, perapkan ayam dalam 1-2jam. Setelah di perap, tuangkan 1 sudu minyak jagung/zaitun atas pemanggang.

Susun potongan ayam atas grill sedikit jarak supaya setiap isi ayam mudah masak.J ika ada lebihan bahan yang di blend tadi boleh simpan dan letak bila ayam sudah separuh masak nanti.

Resepi Ayam Panggang

Perlahankan api. Bila sebahagian ayam sudah masak, terbalikkan ayam. Kalau kering boleh tambahkan bahan yang di kisar tadi atas ayam.

Resepi Ayam Panggang

Dalam 15-20 minit dah siap panggang dah. Mudah dan cepat dengan adanya pemanggang ajaib ni. Nak masak lama pun boleh. Tapi jangan sampai isi dia keras. Saya suka isi ayam yang juicy.

Resepi Ayam Panggang

Selamat mencuba!

28 comments:

  1. yummm..sedapnyer..nanti nak cuba buat..tp nk perap daging.

    salam aidiladha

    ReplyDelete
  2. dah lama pemanggang ajaib kat umah tak guna..tp bila tengok gambar ayam ni rasa nak memanggang tu sudah mari!!..hehehe..nak carik ayam..nak carik ayam..(kat umah ada stok daging jer)

    ReplyDelete
  3. nampak menawan la fiza..hihi..resepi tu ayu biasa guna utk ayam goreng rempah..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya! Ratah macam tu jer pun sodap nih.. Sediakan air asam cicah ngan air asam, pergh! Yummeh ngat! Hikhik! Teringat 1st time buat ayam percik masa bulan puasa lepas.. Takde oben, pemanggang ajaib pun takde.. Makanya guna non-sticky pan jer.. Tu pun tak berapa nak non-stick.. Kuali lama.. Huhu..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  5. Perhhh terliur....mengidam plak nak makan...XD

    ReplyDelete
  6. Pergh,terliur la plak..Mengidam nak makan plak huhu

    ReplyDelete
  7. hm....terliur ! laaaapaarrr....

    tapi kalaw bawang besar bukan ulas tapi biji...

    1 biji bawang besar :P

    ehehehe ~

    tertarik dengan pemanggang tuh !!

    ReplyDelete
  8. sedap. tenkiu for the recipe. nnti weekend nak buat

    ReplyDelete
  9. sedap nya sedap nya sedap nya ! kena try nie. :D

    ReplyDelete
  10. waaaa sedap nye!!!
    zyra suka makan yg half cook,sedap !!!

    ReplyDelete
  11. salam admin
    wah masak banyak2 makan bawah pokok layanlah cerita bolly best gak ni.

    selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  12. Adehhhh terliur akak pg2 tgk aym nih

    ReplyDelete
  13. mmg nmpk sedap. bess la ada pemanggang tu. Xyah susah2 nak panggang kan? Nak kena cari la dulu pemanggang tu .. huhu. Brapa ye harga?

    ReplyDelete
  14. sedapnya. pos sini sikit. hehe. terliur ja tngok.

    ReplyDelete
  15. sedapnyerrr... bertambah lapar pulak perut ni.

    ReplyDelete
  16. ti dah kawin, ni memang kena jadi wajib cuba nih,, huhuu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.