Memanjakan diri di Gadek Hot Spring
Dua hari lepas memang tak sempat nak online sangat. Sibuk katanya! Bila stay dikampung memang tak kuasa lah nak update blog bagai. Kann...
Sepertia yang dirancang, saya dengan encik suami pergi memanjakan diri di Gadek Hot Spring. Meluangkan masa mandi berendam dalam air panas sesekali.
Alang-alang nak balik Segamat pergi kenduri kahwin, jomlah kita singgah Air Panas Gadek kejap. Dapat juga healing seketika.

Kami gerak dari Seremban lebih kurang jam 9.00 malam dan sampai jam 10.00 lebih kurang macam tu. FYI, Hot Spring ni bukak 24jam. Jadi, tak kalut lah nak pergi jam berapa pun.
Saya kongsikan beberapa keping gambar disekitar Gadek Hot Spring. Wap-wap pun tandanya air panas lah tu.
Ada banyak jenis kolam yang disediakan. Ada yang dalam ada yang cetek. Ada untuk dewasa dan ada juga untuk kanak-kanak. Tahap kepanasan air pun berbeza kalau tak silap. Pilih je mana yang kau orang rasa selesa nak berendam.
Lebih kurang sejam kami berendam. Tak lama pun. Di sini disediakan juga bilik air untuk mandi dan salin baju. Kemudahan lengkap. Terbaik!
Lepas mandi terasa segar betul. Dalam segar-segat tu ada rasa mual dan pening. Tak biasa mandi air panas mungkin. Dia rasa nak lelap je. Memang begitu kot lepas mandi air panas, dapat tidur terus memang syok lah. Barulah betul-betul memanjakan diri.
Untuk korang yang nak pergi ke Gadek Hot Spring, boleh rujuk map di bawah.
Saya kongsikan beberapa keping gambar disekitar Gadek Hot Spring. Wap-wap pun tandanya air panas lah tu.
Mula-mula masuk terkejut air panas. Rasa nak melecur pun ye. Tapi bila dah lama masuk dalam air, barulah dapat menyesuaikan badan dalam air.
Lebih kurang sejam kami berendam. Tak lama pun. Di sini disediakan juga bilik air untuk mandi dan salin baju. Kemudahan lengkap. Terbaik!
Untuk korang yang nak pergi ke Gadek Hot Spring, boleh rujuk map di bawah.
Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek
Terletak di antara jalan utama Alor Gajah - Tampin kira-kira 30 KM dari Pusat Bandaraya Melaka. Buka 24 jam sehari dan boleh merancang waktu perjalanan untuk datang pada bila-bila masa sahaja.Khasiat air panas semulajadi
Khasiat air panas semulajadi yang terdapat di Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek melalui kajian saintifik dipercayai boleh dijadikan sebagai perubatan alternatif secara alami bagi merawat pelbagai jenis penyakit apabila dilakukan secara teratur dan berterusan.Sumber air panas semulajadi disini mempunyai suhu purata 56 darjah celcius dan purata aliran 5.4 liter sesaat.
Air panas semulajadi ini mengandungi karbon dioksida (CO2) dan mengeluarkan buih-buih yang mengandungi hydrogen sulfide (H2S). Oleh kerana itulah terdapatnya sulfur semulajadi didalam kolam sumber utama dan dipercayai baik untuk kesihatan terutamanya mengubati sakit yang berkaitan dengan kulit.
Selain baik untuk mengubati sakit yang berkaitan dengan kulit, air panas semulajadi ini juga dipercayai dapat membantu pengunjung yang mengalami sakit sendi tulang dan membantu melancarkan perjalanan darah didalam badan.
Amalan mandi air panas semulajadi secara teratur juga dipercayai dapat membantu menstabilkan sistem endokrin dan sistem saraf dalam badan.
KANAK-KANAK (6 tahun -12 tahun) : RM 3.00
*Kanak-kanak umur 5 Tahun dan kebawah PERCUMA

Antara kelebihan mandi air panas semulajadi
- Memberi ketenangan kepada tubuh badan.dan membantu mengurangkan stress.
- Membuka pori-pori diwajah dan liang roma sekaligus membantu penyingkiran toksin.
- Melegakan ketegangan otot kesan daripada aktiviti harian.
- Meransang kadar metabolisma dalam badan.
Amalan mandi air panas semulajadi secara teratur juga dipercayai dapat membantu menstabilkan sistem endokrin dan sistem saraf dalam badan.
Bayaran masuk
DEWASA : RM 5.00KANAK-KANAK (6 tahun -12 tahun) : RM 3.00
*Kanak-kanak umur 5 Tahun dan kebawah PERCUMA
sumber maklumat : Air Panas Gadek
Dah banyak kali nak pergi..tapi mesti tak jadi je...huhuhu..best la tempat dia kan..
ReplyDeletekenit lama dah tak gi mandi air panas. Last gi kat selayang punyer tu. Laaaaa kenit tak perasan pulak Air Panas Gadek tu kat Melaka! Nampak sangat tak pernah kuar umah kan hehehehehe.
ReplyDeleteDekat dah kalau ngan Lebuh AMJ tuuuuuu
akak kat sini? dekat dgn rumah kite tu kak. wuuu, kalau tak boleh jumpa. hehe. akak stay kat mane? *terlebih excited pula* ^_^
ReplyDeletebestnya
ReplyDeleteseronok kan bila merehatkan diri dekat hotspring. saya selalu ke hotspring kat Sungkai
ReplyDeleteMacam best je..huhu. Teringin jugak..
ReplyDeletebestnya buka 24 jam plak tu..
ReplyDeleteMCM BEST JE FIZA.. BLH G NIE..
ReplyDeleteWahh bestnya kak fiza pergi hotspring .. Dpat memanjakan diri
ReplyDeletebalik melaka memg tak tau pun de air panas gadek...air panas pedas tau la..huhuhu
ReplyDeletefi pernah mandi kolam air panas...tpi di lenggong
ReplyDeleteMemang best kn?sya pun bru je pg minggu lpas..lepas huja trus pg..rasa x nk kuar kolam lpas tu..hehe :)
ReplyDeletemacam best je macam best je. hahaha!
ReplyDeletehuwaaaa seumur hidup tak pernah lagi jejak kolam air panas. ishhh nak terjah jugak ni.
Dah lama tak berendam di hotspring cani.. Dulu masa kat Sabah rajin la jugak ke hotspring di kundasang.. Memang best! Kat tambun ni ada hotspring.. Boleh la try bodek2 suami pegi nanti.. Hehe..^^,
ReplyDeleteMieza Suri Shaklee
Bestnye klu dpt gi sini
ReplyDeleteBestnye klu dpt gi sini
ReplyDeletebestnye@ teringin nk pegi :D
ReplyDeletebestnye!*
ReplyDeleteBaru tahu kat johor ada tempat air mandimpanas dan nama dia gadek. Hihi.. So far selama hidup ni, hihi.. Yang pernah dah pergi air panas kat baling, hihi... Da teruk la tempat tu... Then pernah pergi kat sg.klah kotbkat perak, tempat tu pon da rasanya teruk gal dah facilities dia. Hihi, gadek ni tempat baru ke?ke dah lama jugak?
ReplyDeletebuka 24jam fiza? bestnya..best!
ReplyDeleteuih.. berasap2... mcm syok je tempat ni... :)
ReplyDeletexpernah sampai lagi hee murah je fee
ReplyDeletexpernah sampai lagi hee murah je fee
ReplyDeleteBestnya! Belum pernah sampai lagi..
ReplyDelete