Doa Mohon Rezeki yang Halal

Doa Mohon Rezeki yang Halal | Selain berusaha, kita juga perlu berdoa mohon rezeki yang halal. Allah telah S.W.T telah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Doa Mohon Rezeki yang Halal

Diantaranya :
  1. Menyempatkan diri beribadah
  2. Memperbanyakkan istighfar
  3. Tinggalkan perbuatan dosa
  4. Sentiasa ingat Allah S.W.T.
  5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
  6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
  7. Tunaikan hajat orang lain
  8. Banyak berselawat
  9. Banyakkan berbuat kebajikan
  10. Berpagi-pagi,memulakan aktiviti harian adalah amalan yang berkat.
  11. Menjalinkan silaturrahim
  12. Melazimi kekal berwuduk
  13. Bersedekah
  14. Melazimi solat malam (tahajjud)
  15. Melazimi solat Dhuha
  16. ersyukur kepada Allah S.W.T. *Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.Lawannya adalah kufur nikmat.
  17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
  18. Berdoa
  19. Berikhtiar sehabisnya
  20. Bertawakal

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi kita jalan keluar dari perkara yang menyusahkan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." –At-Talaq: 2-3

Bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.

Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T lalu Allah S.W.T pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insha Allah mudah mudah an rezeki yang kita cari tu halal diberkati Allah yang akan menjadi darah daging kita. Betulkan niat kita.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.