Doa Mohon Rezeki yang Halal
Doa Mohon Rezeki yang Halal | Selain berusaha, kita juga perlu berdoa mohon rezeki yang halal. Allah telah S.W.T telah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
![Doa Mohon Rezeki yang Halal Doa Mohon Rezeki yang Halal](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQM6HZKtOTZJHO7eNgkhQANFn4AhaD95L1qsV9qEK1fJVwAoSmEMCkYUhb8Ct3I2M9Y_5w1GJum-RApm1nj2lOzOKooZWCLClKcjk5UwUkquQsJ0SqJEcDseCXxS8X_yNpNrccscqqfnvM/w640-h472-rw/1782177_664087273634650_1290555137_n.png)
Diantaranya :
![Doa Mohon Rezeki yang Halal Doa Mohon Rezeki yang Halal](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQM6HZKtOTZJHO7eNgkhQANFn4AhaD95L1qsV9qEK1fJVwAoSmEMCkYUhb8Ct3I2M9Y_5w1GJum-RApm1nj2lOzOKooZWCLClKcjk5UwUkquQsJ0SqJEcDseCXxS8X_yNpNrccscqqfnvM/w640-h472-rw/1782177_664087273634650_1290555137_n.png)
- Menyempatkan diri beribadah
- Memperbanyakkan istighfar
- Tinggalkan perbuatan dosa
- Sentiasa ingat Allah S.W.T.
- Berbakti dan mendoakan ibu bapa
- Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
- Tunaikan hajat orang lain
- Banyak berselawat
- Banyakkan berbuat kebajikan
- Berpagi-pagi,memulakan aktiviti harian adalah amalan yang berkat.
- Menjalinkan silaturrahim
- Melazimi kekal berwuduk
- Bersedekah
- Melazimi solat malam (tahajjud)
- Melazimi solat Dhuha
- ersyukur kepada Allah S.W.T. *Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.Lawannya adalah kufur nikmat.
- Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
- Berdoa
- Berikhtiar sehabisnya
- Bertawakal
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi kita jalan keluar dari perkara yang menyusahkan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." –At-Talaq: 2-3
Bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T lalu Allah S.W.T pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insha Allah mudah mudah an rezeki yang kita cari tu halal diberkati Allah yang akan menjadi darah daging kita. Betulkan niat kita.
Aminn. Moga boleh diamalkan selalu :)
ردحذفAminn. Moga boleh diamalkan selalu :)
ردحذفAminn. Moga boleh diamalkan selalu :)
ردحذفamin~
ردحذف