Belajar Menghargai

Takde aktiviti minggu ni cuma menyiapkan design yang customer order.Cuaca panas ni,kurang selesa nak buat kerja,idea pulak takde sebab kalau panas² mulahlah pening kepala.Minyak cap kapak peneman setia.So hari ni bayar hutang jejak balas ke blog² kengkawan.

Seronok baca kisah masing².Tumpang happy! Tapi ada jugaklah yang entry ade sikit² unsur negative macam asyik² update kisah hidup dia yang serba tak kena,putus cinta lah,tak semangatlah,kecewalah,masalah itulah masalah inilah dan macam² yang negative.Jadi kita ni sebagai pembaca,mestilah kita bagi semangat kan..sebab kita nak dia terus jadi positive..itu namanya kawan even tak pernah jumpa.sayangkan komuniti bloggerlah katakan..amek berat.

Tapi kalau selalu je update camtu,yang pembaca nak komen ape lagi ye?Ini bukanlah nak tuju pada sesiapa.Blog sendiri berhak cerita apa pun.Tapi kita sebagai penulis kena tulis yang positive selalu walau sesekali ade negative.Belajar dari kesilapan dan bagi penulis yang tulis negative tu kenalah amek nasihat dan semangat yang diberikan untuk memulakan sesuatu yang positive.Bila dah ada yang positive..so hentikan cerita negative tu dah..ke still negative?

Ok,cool.Jangan kecam Fiza pulak dengan entry ni.Cumanya kalau apa jua keadaan kita,kita kena hargai setiap yang kita ada.So dengan hargai InshaAllah hidup kita akan jadi positive.Hargai mereka disekeliling kita,hargai nasihat,hargai kehidupan..semua²lah kena hargai walau dalam keadaan apa sekali pun even mood down dan siapa pun kita/

Some quote yang mungkin boleh buat kita sedar.Siapa diri kita sebenarnya....






Rasanya semua pernah alami cuma dalam keadaan yang berbeza kan.So belajar hargai. Tak susah, tak kena bayar pun..hanya H A R G A I.Fahami dan renungkan bersama.Tanpa muhasabah diri,tak kan maju.

13 comments:

  1. Betul tu Fizah...selamat berhujung minggu ;)

    ReplyDelete
  2. yesss. hargai sja hadiah paling berharga dalam hidup kita kann. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam singgah malam dik Fizah..selamat berhujung minggu...hargailah apa yang ada di sekeliling kita..

    ReplyDelete
  4. Betul tuh :) Hidup kena positif baru gembira ^^

    ReplyDelete
  5. skong fiza tp sblum tu kita kena hargai diri sendiri baru boleh hargai benda2 lain termasuk la org

    ReplyDelete
  6. Reminder utk diri sendiri. terima kasih mengingatkan kak. mmg kena hargai diri sendiri. baru bahagia. heheee :)

    ReplyDelete
  7. Salam ..
    Kak Lya singgah sini
    Betul tu Fiza..kita ni kenalah selalu berfikiran positif tulis sesuatu yg positif yang negatif tu tolak tepi dulu fikir jln penyelesaian sendiri..Kalau selalu tulis benda2 yang POSITIF hidup pon jadi aman jer tak der nak fikir serabut kepala nie...

    ReplyDelete
  8. menghargai.. bermakna dia sangat berharga dlm hidup kita.. tapi sayang kadang2 kita tak sedar siapa dia yg berharga itu.. :'(

    ReplyDelete

  9. saya ingin minta bantuan anda mohon share entri ni di shares facebook dan shares Google +, terima kasih.

    http://www.iuzira.com/2014/02/yeos-pilihanku.html

    ReplyDelete
  10. sangat setuju. hargai rakan2 yang komen dalam blog tu. sekali sekala mengadu benda negatif dalam blog takpe kot..tentunya nak juga meluah perasaan dan nak orang lain bagi pendapat atau nasihat. tapi janganlah kerap sangat. Lemas la kalau asyik baca benda negatif je.. actually, saya pernah berdepan dengan orang macam ni..sampai malas nak jenguk blog dia..hihi. tapi tu dulu kot.. :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.