Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik Bantuan Subsidi RM30 000
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik Bantuan Subsidi RM30 000 salah satu usaha pihak kerajaan membantu rakyat Malaysia memiliki rumah yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama. Dengan bantuan subsidi RM30 000 sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban rakyat dengan kenaikan harga rumah yang semakin meningkat naik sekarang ni.
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Bantuan Subsidi Beli Rumah Pertama
- Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
- Program & skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 Peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
- Antara objektif atau matlamat utama skim MyHom, membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
- Program & Skim Myhome ini turut menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
- Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
- Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada pembeli rumah pertama
- Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
- Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Contoh pembayaran Subsidi
- Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
- Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
- Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Cara dan Tarikh Daftar Borang Permohonan Skim Myhome
- Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang permohonan bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.
- Daftar Borang Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.
Sebulan lebih lagi boleh register,mesti sesak nanti since apply online tak disediakan.Siapa cepat dia cepat.Hopefully ade rezeki untuk miliki rumah sendiri.Perlu sangat ada rumah untuk masa depan.Nak beli tanah pun mahal sekarang ni.Kalau beli tanah luas sikit boleh buat rumah besar sikit kan.InshaAllah
jom2
ReplyDeleteorg bujang takleh mohon la ni ea..
ReplyDeleteAlaaa...tak layak nak apply.
ReplyDeletetakde peluang la nak daftar sbb dah beli rumah...ruginya...
ReplyDeletegood sharing fizah..:)
ReplyDeletebaca ayat pertama pun fiza dah tau tak layak...ekekeke....
ReplyDeletebanyak bantuan skrg ni kannn
ReplyDeletekalau kerja goverment boleh apply ke ye? tak sabar pulak nak tunggu bulan april ni
ReplyDeletenanti akak nak apply jugak
ReplyDeletekne cepat2 mohon ni..
ReplyDeletenk jgk try!
hihi
nak apply tapi duk kat sabah,, acaner tu...huhuhu nnt susah nak uruskan..
ReplyDeletelama da xbukak blog.tq fiza for info.. :)
ReplyDelete