Resepi Bubur Ayam

Apehal pepagi dah up entry Resepi Bubur Ayam pulak ni.Gara² husband demam hari tu kenalah masak bubur ayam untuk dia.Selalunya orang demam memang tak selera makan.Masak bubur ayam kot dia ada selera sikit ke kan.Alhamdulillah semalam dah okay dah cuma sakit perut angin² tu ada lagi katanya.

Buat bubur ayam ni senang je cuma masa nak tunggu masak tu memang kena sabar.Fiza masak untuk dua orang makan je la ni.Dia makan bubur Fiza pun makan bubur..sama² rasa.Tak kan Fiza makan sedap,die nak makan bubur pulak kan.huhu

Cara mudah ambik segenggam beras,basuh sampai bersih dan masukkan dalam periuk.Masukkan air 3 cawan,kiub ayam,garam secukup rasa dan masukkan potongan kecil² isi ayam.Bila dah separuh masak,masukkan carrot yang dipotong dadu.Biarkan sampai semuanya masak dan sentiasa tambah air dalam waktu nak masak tu ye.Jangan bagi kering pulak dan jangan lupa kacau² bubur tu..Dah siap taburkan daun sup yang dihiris halus².Okay itu je..Lebih sedap dari bubur McD tau..hehe

Selamat mencuba! Resepi Bubur ayam untuk orang sakit ni lah pembuka selera.kan?

14 comments:

  1. paling suka bubur kemboja adik ipar akak buat..memang sedap..sama macam bubur ayam la..cuma berasnya di goreng dahulu...

    ReplyDelete
  2. Sedappp.

    Eka kalu demam, mesti nak makan bubur. Tapi tak demam pun kadang2 teringin jugak.

    Eka kalau demam, buat bubur kosong taruk kentang dan garam.Goreng ikan bilis + bawang kecik + bawang putih garing-garing. PErghh

    Kalau mak eka plak, dia buat bubur letak santan, halba. Perghhh tu pon sedappp

    ReplyDelete
  3. salam,tu yg cepat baik makan hasil air tangan isteri...

    ReplyDelete
  4. tengok bubur pun dah terliur.. teringinnya .. nanti nak buat la.

    ReplyDelete
  5. Wah.. Sedap di makan ketika pnas2... Nyum3..

    ReplyDelete
  6. Rumah kakak tak ada baby pun selalu juga masak bubur macam ini Fiza. Kakak masak guna pressure cooker tak payah tunggu. Cepat di masak cepat siap. Kalau dapat macam Fiza punya ni huii... sedap!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum awak.. semoga suami kamu cepat sembuh.. lama tak makan bubur.. makan dengan cakoi sedap gila (",)

    ReplyDelete
  8. sedap nye fiza.. kalau bg aniq makan ni pn dia suka..

    ReplyDelete
  9. kiteorg kat rumah rumah kalau sehat pon kdg2 layan bubur nasi brekfes pagi2.. cuma ada tamabhan lauk sikit2.. sedap kan... =)

    ReplyDelete
  10. Bukan setakat orang sakit je berselera makan ni, orang yang x sakit pun laju je makan bubur camni...tambahlah ikan bilis goreng ke, mmg sedappp... ^__^

    ReplyDelete
  11. once in a while kalo dpt mkn bubur memang sedap :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum dan salam singgah malam di sini dik...maaf baru dapat berkunjung yer...macam sedap jer bubur ayam tu...kalau time Diana sakit2..suka sangat makan bubur ayam..hehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.