Header Ads

Jubah/Abaya Pink Umbrella Cut

Ramai pulak berkenan dengan Jubah/Abaya Pink Umbrella Cut yang saya pakai minggu lepas. Sebelum korang berkenan, saya dah lama terbekenan dengan jubah/abaya umbrella cut dengan style lengan macam tu. Grip je kat lengan takdelah terselak nanti kan.

Lately saya memang suka pakai jubah je. Lebih senang dan selesa. Sarung je terus. Dalam usaha mengumpulkan jubah/abaya ni. Kalau dah beli jubah/abaya ni confirm la kena potong bahagian bawah sebab labuh sangat. 

Adeshh..Jadi satu kerja pulak. Tak pernah beli jubah terus boleh pakai. Mesti kena anta kedai potong dulu.

Apa yang saya suka jubah/abaya umbrella cut ni sebab umbrella cut ni nampak macam dress kan bila potongan payung dibuat. Plus, lengan yang yang menarik dan style macam tu. 

Lebih selesa. Kain pulak jenis material koshibo yang tak jarang dan tak melekap. Sangat menepati ciri² muslimah. Lagi suka bila ada warna dusty PINK ni. Dipadankan pulak dengan wide shawl hasil dari shopping di zalora. Macam kena je kan.

Ramai yang tanya beli kat mana. So saya akan share link ni. Kalau korang berdekatan dengan Mydin Seremban 2 bolehlah singgah ke butik Ummu Aiman Muslimah Collection kat area basement parking. 

Kalau yang jauh atau yang suka shopping online pun boleh beli sebab mereka pun ada jual online.

Jubah/Abaya Pink Umbrella Cut

Fanpage : UMMU AIMAN Muslimah Collection

Semua baju yang dijual menepati ciri² muslimah. Itu yang terbaik! Owner pun berjubah dan berpurdah yang sangat friendly dengan customer. Thumbs up! Memang puas hati. Harga pun berpatutan :)

Opss..pada yang tanye Camne saya pakai shawl tu. Maaf le tak dapat nak merealisasikan permintaan korang buat tutorial pakai wide shawl tu. Saya main lilit² je tu. Lagipun first time pakai wide shawl.huhu..Sorry ye. Tak expert buat tutorial pakai shawl ni dengan video.huhu

هناك 21 تعليقًا:

  1. cantik je =) mcm nak buat time raya je nnt

    ردحذف
  2. Cantiknya fiza...nak beli juga satu lah..berkenan pulak dengan lengan yang macam tu fiza...

    ردحذف
  3. seriously, fiza cantik dalam jubah pink ni. Warna pun lembut je tak nampak striking sangat :)

    ردحذف
  4. cantiklah fizah.. mcm minat jer nk beli ;)

    ردحذف
  5. sukanya jubah/abaya umbrella cut ni mmg cntk arr...

    ردحذف
  6. SubhanAllah . dengar tak jarang tu yang seronok tu :D

    ردحذف
  7. Assalamualaikum dan salam singgah di petang Jumaat dik Fizah..cantiknya suka tengok desgin dan warna dia pun suka sangat...

    ردحذف
  8. Assalamualaikum fiza, wahh cantiknya. sheila memang mencari jubah2 cute2. nak yang ada butang depan, senang buat breastfeeding terus. selamat pagi, singgah sambil menabung sini~~~

    ردحذف
  9. Sarah pun suka berjubah skng ni fiza.. Lebih selesa dan lebih yakin melangkah.. Gitu kan.. Hehe.. Cantik fiza.. Omey je..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.