Header Ads

Realiti kehidupan Suami

Realiti kehidupan Suami

Realiti kehidupan Suami
macam biasa 30hb suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air RM30.00, bayar duit rumah RM700.00 bayar duit kereta RM700.00, bil telephone suami dan isteri RM200.00, bill elektrik RM170.00, ansuran motor RM150.00 dan yuran tuisyen anak RM150.00 serta menukarkan RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.

Lalu berbekalkan duit baki RM750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja terus di sambut ngan isteri satu soalan " Hari ni hari gaji abang kan?

Jom pergi beli barang dapur banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah malam ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni.

Bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pula dengan anak yang bongsu " Ayah cikgu adik cakap hari Isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru." Isteri spontan menyampuk " minta kat ayah. 

Ayah baru dapat gaji. Kata anak yang sulung pula mencelah " ayah, kakak pun nak duit RM30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni. Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong.

Kemudian bila selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00.

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 untuk barang kering dan RM50.00 untuk barang basah.

Setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Keesokkannya pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50.

Manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.

Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30.00. Sampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar. Kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yang berharga RM15.00 sehelai. 

Isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh, belikan diorang yang baru ni. Murah jer RM15.00 hengget. Suami keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama. Tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar. Mintak singgah di kedai makan untuk makan malam.

Sang ayah kesiankan dengan rengekkan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah RM188.50.

Esok hari Ahad, isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami modalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genab RM180.00.

Malamnya pula beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta. Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang samada sampai atau tidak?

Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan tak ada modal. Lalu isteri menjawab dengan sinis " kalau ajak balik kampung saya je tak ada duit. Kalau ajak balik kampung saya jer abang kata tak ada duit.

Mana pergi duit gaji abang selama ni..Takkanlah seminggu gaji dah tak berduit. Abang ada pompuan lain ke? " Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang. Nak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu. Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang.

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya. Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah.

Penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab. Bila minta dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri. Lagipun dia katakan dah tolong bayarkan duit baby sitter yang sepatutnya tanggungjawab suami...

Kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu? atau dayuskah suami itu? atau boroskah keluarga mereka ?? Atau perlu mencari peluang untuk berubah.

*Kisah untuk renungan bersama.Fikirkan sebaiknya :)

Copypaste and editing dari facebook.

13 comments:

  1. Assalamualaikum fiza, terkebil2 sheila baca. betul juga ni.. pengajaran buat isteri2 semua. hope sheila take note juga.. tanak bebankan suami.. kesian dia Y____________Y

    ReplyDelete
  2. rasa sedih juga..tapi kebanykan realitnya mcm tu la kan skrg nie..gaji 3000 pun tak cukup tampung kluarga..tak pernah lagi lya merasa sbb tak kawin lagi :)

    ReplyDelete
  3. kesian si suami...bila dah berumahtangga nie perlu ada tolak ansur...walaupon isteri x perlu keluarkan belanja, tapi kita perlu ada sifat toleransi dgn suami...susah payah kena laa tanggung bersama...syukur sgt dpt suami yg walaupon bergaji sket tapi rumahtangga tetap bahagia..sebab x pernah berkira bab duit nie..

    ReplyDelete
  4. tu la sian sang suami kan... tu sbb kita kena salin tolong menolong suami..

    ReplyDelete
  5. Laaa...sedihnya. Haish, walaupun tak kawen lagi. Tapi, mas tetap rasa situasinya bagimana. Aduish, tq kk fiza. Boleh take noted as a pengajaran masa dah kawen nanti. heheh

    ReplyDelete
  6. Suaminya dah cukup baik mengharungi hidup itu dengan pelbagai dugaan, tetapi kenapa si isteri tidak bisa menghargai? Di manakah janji yang telah ditaut sejak awal pernikahan lagi? Pilihlah pasangan kerana agamanya, in sya Allah.

    ReplyDelete
  7. terbaik cerita ni.
    tulah kot antara sebab utama sesetengah laki bagi bini dia urus duit gaji. supaya tahu ke mana aliran wang tu pergi. jadi bini dia tahu berapa bnyak duit yg masih berbaki tiap bulan :p

    ReplyDelete
  8. baru terbaca tadi kat facebook.. barulah si isteri berfikir..sblm ni asyik memarahi suami..

    ReplyDelete
  9. kesian...mmg kdg2 isteri xnmpak perbelanjaan suami...sbb tu pentingnya komunikasi...bgtau isteri perbelanjaan bulanan yg fixed..so isteri bole budget lebihan suami ada berapa je every mnth..klau isteri bekerja harus ade toleransi bantu suami ape yg ptt...bkn ke tu tujuan isteri bekerja? peringatan utk diri sndiri juga..insyaAllah...

    ReplyDelete
  10. Zara ada baca ni smalam kat fb.. ni dah pndapatan 3k.m apatah lagi gaji bawah 3k.. suami isteri kn btolak ansur.. lbh2 isterti kena btindak sbg prunding kewangan dlm rumah tgga. Utamakan keperluan dr kehendak..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.