Resepi Pisang Goreng Cheese
Resepi Pisang Goreng Cheese rupanya mudah je sebenarnya! Seriously sangat mudah okay. Orang Johor macam Fiza ni selalunya kalau makan pisang goreng wajib ada sambal kicap. Bila dah rasa pisang goreng cheese ni boleh pulak melupakan sambal kicap. Dasyat betul penangan pisang goreng cheese kan.
Pisang goreng cheese sangat popular di tawau Sabah. Kalau di semenanjung ni agak susah nak jumpa. Disebabkan itu, gigihlah Fiza cari resepi sana sini untuk menyampaikan hasrat anak tekak ni ha. Google punya google terjumpa la resepi yang simple ni tapi telah diolah mengikut gaya tersendiri la macam biasa
Bahan bahan yang diperlukan
beberapa biji pisang (dipotong mengikut citarasa masing²)Tepung gandum
Tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
Serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng
air
garam
Bahan² untuk sos dan topping
Cheddar cheese (diparut) @ready made1 sudu besar susu pekat manis
satu sudu besar butter
Cara-cara
1. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan dalam satu bekas. Masukkan air dan telur serta serbuk kunyit. Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, sedikit keju yang telah diparut dan 1 sudu susu pekat manis, Kemudian masukkan pisang dan gaul rata. Dah gaul rata masukkan dalam pinggan dan taburkan chedder cheese. Sedia untuk dihidang!
Atau nak lagi senang beli je pisang goreng kemudian beli cheddar cheese dan tabur. Lagilah mudah! kannnn At least dapat merasa pun dah memadai walau hakikatnya tak tahu apa rasa sebenar pisang goreng cheese yang sedap sangat tu.
Wah... tak pernah cuba ni... mesti sedap ni...
ReplyDeletekalau buat sendiri confirm boleh letak cheese banyak2 kan fiza...
ReplyDeleteemm..sedapnya..terliuq..
ReplyDeletesally pernah makan pisang keju kat indon je..Hehehe :D
ReplyDeleteFirst time ayu mkn time kt kuching dulu..alahai kita yg jenis suka mkn cheese mmg xthn la tgk sajo kan..haruslah mkn puas2
ReplyDeleteterliuqq dah ni..hehe
ReplyDeleteSedapnyeeee pisang cheese..
ReplyDeleteSalam fiza, kalau dah sedap tu, mesti lebih 2 kali menternak lemak, hehehehe....
ReplyDeleteWow sedapnyaa wajib try ni. Kat area alor setar pun payah jumpa tq sis bagi resepi :)
ReplyDeletethanks bg resepi...nak cuba juga ni ^_^
ReplyDeleteFy selalu makan benda ni. Sedap!
ReplyDeletePisang goreng tu dia tabur gula melaka dengan cheese. Pernah buat sendiri juga,goreng pisang macam biasa je,lepas tu hancurkan gula melaka dan tabur sekali dengan cheese.
Sedapnyaaa. Kena try ni.
ReplyDeleteselalu akak mkn kat indon je yang dipanggil pisang goreng keju.. arrgghh sedapnyaaa. kat KL ni kalau akak nak mkn pn akak kena pergi klang.. kat sana ada restaurant indon yg ada jual pisang goreng keju.. yummysss
ReplyDeletetgk yg Fiza buat ni pn dah terasa kat tekak akak ni.. sedappss :)
Assalamualaikum fiza, adoii terliur sheila.. sheila biasa makan dengan sambal kicap je. ni macam sedap je kalau dapat rasa ni~~~
ReplyDeleteXpena tpikir menu mcm ni.. nk try laa nnti ! =D
ReplyDeletedekat tepen...ada satu gerai ni femes jual pisang goreng cheese
ReplyDeletetak pernah try lagi..nampak macam seddap
ReplyDeletecraving this food...tapi malls nak buat sendiri...bila tengok resipi ni alahai simple je...ok nak cari bahan gagah kan diri buat jugak..thx for sharing ye...
ReplyDeletehttp://ailzab.blogspot.com
Tidak pun buat cis tu cam kek leleh tu. Jadi la nama goreng pisang leleh.
ReplyDeletesedapnya nampak... tak pernah rasa lagi setakat ni. dok nampak kat blog dan fb je sebelum ni... bila bila nanti nak try la. macam best je. Ros sekarang keje kat jb. a'a kat sini makan pisang goreng ada sambal kicap. sedap! hihi.
ReplyDeleteUihhh sedapnyaaaa ni fiza. nak cuba nanti. TQ fiza
ReplyDeleteOh tq Fiza, boleh la try buat lepas ni. Selalu tengok kawan2 dekat Malaysia selalu upload gambar banana cheese ni..
ReplyDeletemak aiii, terliur tau
ReplyDeleteTak berkesempatan merasa lagi. Sedap x?
ReplyDeleteTeringin nk rasa.. Skli pun jd la.. Sbb suka yng natural je.. Hihi
ReplyDeleteJumpa dlm blog kak ita kata ambil resepi dari azhafizah..terus ehh azhafizah?😃 Google terus😁 yes 👏🏻 tp kakno tak rajin buat sos nya😅😂
ReplyDelete