Resepi Pisang Goreng Cheese
Resepi Pisang Goreng Cheese rupanya mudah je sebenarnya! Seriously sangat mudah okay. Orang Johor macam saya ni selalunya kalau makan pisang goreng wajib ada sambal kicap.
Bila dah rasa pisang goreng cheese ni boleh pulak melupakan sambal kicap. Dasyat betul penangan pisang goreng cheese kan.
Pisang goreng cheese sangat popular di tawau Sabah. Kalau di semenanjung ni agak susah nak jumpa. Disebabkan itu, gigihlah saya cari resepi sana sini untuk menyampaikan hasrat anak tekak ni ha.
Google punya google terjumpa la resepi yang simple ni tapi telah diolah mengikut gaya tersendiri la macam biasa
Resepi Pisang Goreng Cheese
Bahan-bahan
beberapa biji pisang (dipotong mengikut citarasa masing²)
Tepung gandum
Tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
Serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng
air
garam
Tepung gandum
Tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
Serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng
air
garam
Bahan-bahan untuk sos dan topping
Cheddar cheese (diparut) @ready made
1 sudu besar susu pekat manis
satu sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
satu sudu besar butter
Cara-cara
1. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan dalam satu bekas. Masukkan air dan telur serta serbuk kunyit. Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, sedikit keju yang telah diparut dan 1 sudu susu pekat manis, Kemudian masukkan pisang dan gaul rata. Dah gaul rata masukkan dalam pinggan dan taburkan chedder cheese. Sedia untuk dihidang!
Atau nak lagi senang beli je pisang goreng kemudian beli cheddar cheese dan tabur. Lagilah mudah! kannnn At least dapat merasa pun dah memadai walau hakikatnya tak tahu apa rasa sebenar pisang goreng cheese yang sedap sangat tu.
Wah... tak pernah cuba ni... mesti sedap ni...
ردحذفkalau buat sendiri confirm boleh letak cheese banyak2 kan fiza...
ردحذفemm..sedapnya..terliuq..
ردحذفsally pernah makan pisang keju kat indon je..Hehehe :D
ردحذفFirst time ayu mkn time kt kuching dulu..alahai kita yg jenis suka mkn cheese mmg xthn la tgk sajo kan..haruslah mkn puas2
ردحذفterliuqq dah ni..hehe
ردحذفSedapnyeeee pisang cheese..
ردحذفSalam fiza, kalau dah sedap tu, mesti lebih 2 kali menternak lemak, hehehehe....
ردحذفWow sedapnyaa wajib try ni. Kat area alor setar pun payah jumpa tq sis bagi resepi :)
ردحذفthanks bg resepi...nak cuba juga ni ^_^
ردحذفFy selalu makan benda ni. Sedap!
ردحذفPisang goreng tu dia tabur gula melaka dengan cheese. Pernah buat sendiri juga,goreng pisang macam biasa je,lepas tu hancurkan gula melaka dan tabur sekali dengan cheese.
Sedapnyaaa. Kena try ni.
ردحذفselalu akak mkn kat indon je yang dipanggil pisang goreng keju.. arrgghh sedapnyaaa. kat KL ni kalau akak nak mkn pn akak kena pergi klang.. kat sana ada restaurant indon yg ada jual pisang goreng keju.. yummysss
ردحذفtgk yg Fiza buat ni pn dah terasa kat tekak akak ni.. sedappss :)
Assalamualaikum fiza, adoii terliur sheila.. sheila biasa makan dengan sambal kicap je. ni macam sedap je kalau dapat rasa ni~~~
ردحذفXpena tpikir menu mcm ni.. nk try laa nnti ! =D
ردحذفdekat tepen...ada satu gerai ni femes jual pisang goreng cheese
ردحذفtak pernah try lagi..nampak macam seddap
ردحذفcraving this food...tapi malls nak buat sendiri...bila tengok resipi ni alahai simple je...ok nak cari bahan gagah kan diri buat jugak..thx for sharing ye...
ردحذفhttp://ailzab.blogspot.com
Tidak pun buat cis tu cam kek leleh tu. Jadi la nama goreng pisang leleh.
ردحذفsedapnya nampak... tak pernah rasa lagi setakat ni. dok nampak kat blog dan fb je sebelum ni... bila bila nanti nak try la. macam best je. Ros sekarang keje kat jb. a'a kat sini makan pisang goreng ada sambal kicap. sedap! hihi.
ردحذفUihhh sedapnyaaaa ni fiza. nak cuba nanti. TQ fiza
ردحذفOh tq Fiza, boleh la try buat lepas ni. Selalu tengok kawan2 dekat Malaysia selalu upload gambar banana cheese ni..
ردحذفmak aiii, terliur tau
ردحذفTak berkesempatan merasa lagi. Sedap x?
ردحذفTeringin nk rasa.. Skli pun jd la.. Sbb suka yng natural je.. Hihi
ردحذفJumpa dlm blog kak ita kata ambil resepi dari azhafizah..terus ehh azhafizah?😃 Google terus😁 yes 👏🏻 tp kakno tak rajin buat sos nya😅😂
ردحذف