Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask
Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask | Shiseido Black Mask agak popular di kalangan kaum perempuan yang suka pakai masker untuk tambahkan lagi kecantikan kulit muka. Dikenali juga sebagai mask lumpur.
Kelebihan Shiseido Mask
Memakai mask merupakan salah satu cara paling mudah dan murah untuk membuang bintik-bintik hitam (black head) dan juga bintik-bintik putih (white head) pada muka.
Selain membersihkan muka serta menanggalkan sel-sel kulit mati, boleh juga mengecilkan pori-pori dan juga mencerahkan kulit muka. Boleh juga membantu menghalus, melembut dan mengtasi masalah kulit tona tidak sekata, kesan terbakar (sunburn) dan boleh menyerap lebihan minyak dengan berkesan.
Jangan risau, Shiseido Mask sesuai untuk semua jenis kulit tapi elakkan disapu pada jerawat jika kulit sensitif untuk elakkan kesan luka masa menanggalkan mask.
Shiseido mask mengandungi antioksidan dari lumpur, arang, kolagen serta sumber mineral bagi mengurangi tanda² penuaan seperti kedutan halus, menganjalkan kulit, melembap dan kulit lebih tegang.Banyak jugak tu kan kelebihan Shiseido Mask.
Pakai Mask bukannya boleh pakai hari-hari macam guna pencuci muka tu. Sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan saya akan kongsikan cara terbaik pakai mask.
Shiseido Mask ada 3 jenis yang saya tahu iaitu black, white dan gold. Setiap satu ade fungsi tersendiri. Antara 3 jenis tu saya suka pakai yang hitam.
Suka pakai yang hitam sebab senang nampak white head bila tanggalkan mask bila kering. Hasilnya selepas cabut boleh nampak whitehead melekat di mask yang telah kering. Gambar bawah ni hasil dari carian google.
Nak upload gambar sendiri kurang nampak pulak hasilnya secara dekat. Cuma gambar atas dalam bulatan tu terlebih glowing cahaya tu nampak cerah sikit. Tapi yang pastinya nak cakap memang cerah sikit lah dari warna kulit asal. Bila whitehead dah keluar, kuranglah bintik² di muka kan.
Sumber dari carian google |
Bila nak tanggalkan tu memang sakit sebab mask ni jenis melekat kuat sebab tu semua pun nak tertanggalkan. Lepas pakai rasa muka macam fresh sangat dan fluffy gitu. Okay, nak rasa lagi best, boleh ikut cara terbaik pakai mask.
Cara terbaik pakai mask
1. Cuci muka dengan pencuci muka.
2. Steam/wapkan muka dengan air panas supaya pori-pori terbuka kurang lebih kurang dalam 5minit.
3. Sapukan masker pada muka, elakkan dari terkena kening, bibir dan bahagian anak rambut dan pastikan sapuan rata.
4. Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga betul-betul kering.
5. Tanggalkan masker perlahan-perlahan dari bawah ke arah atas.
6. Cuci muka dengan air sejuk supaya pori-pori tutup semula dengan sempurna. Saya suka guna ice cube je. Sejuk lagi best!
7. Sapukan toner jika perlu.
Mudahkan? Walau agak leceh tapi hasilnya sangat bagus! Pastikan jangan dekat-dekat dengan rerambut kalau tak nanti nak tanggalkan memang sakit okay. Encik suami pun dah terjebak suka pakai masker dah.
Lagi bertambah berseri-seri. Eh, terpuji diri sendiri pulak. Tambah lagi bila dah consume Ephyra serlahkan kecantikan sebenar tu.
Psstt..ada terbaca pasal Shiseido tiruan ni, betul ke info ni. Kalau original di tulis PERFECTION instead of perfeetion. Anyone?
Patutlah makin berseri-seri.. :)
ReplyDeleteassalamualaikum fizah...terbaik la...:)
ReplyDeletekyaaaa qila beli dah mmg superb love it heee.
ReplyDeletecuma sekarang ada yg gold je ekeke
perfeection? :OOOO
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteIf belum join GA Nad dan Liniey, jemput join ea :) Ada 2 top refferal, jadi dinasihatkan join secepat mungkin utk berpeluang menang top refferal.
Kalau dah join, teruskan promote GA menggunakan link entri penyertaan ea.
Dan..
90+ pemenang random dicari !
http://www.linieynor.com/2014/03/sweet-giveaway-by-misz-nadea-liniey-nor_14.html
Untuk melihat senarai sponsor beserta hadiah boleh klik link http://www.linieynor.com/2014/03/senarai-sponsor-dan-hadiah-sweet.html
:)
bella pernah guna.. tapi kan. sakit giler mase nak tanggal kan mask tu. hahahaa
ReplyDeletebaru pakai semalam,tu pun mama maszull bagi..memang muka berseri seri lepas pakai...tapi nak tarik mask tu sakit...huhuh
ReplyDeletemakin lawa la ni.. ^_^
ReplyDeletetapi sue lebih suka mask charcoal dr daiso.. sbb mask daiso lg kuat tarik blackhead.. heeee =)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletebunda singgah hujung minggu..
takut gk muka fiza masa pakai mask tu.. mcm ninja hehehe
ReplyDeletetapi hasilnya mmg cantik flawless je muka Fiza dlm gmbr tu ;)
Sy guna setiap hari di awal penggunaan..slps muka dah glowing sikit2 sy guna selang 1 hari... n lpstu selang 2 hari smpai la skrg
ReplyDeleteyg ni tak pernah cuba selalu pakai yg kat daiso tu je
ReplyDeleteMakin cun!
ReplyDeleteAssalamualaikum, macam mana kalau untuk lelaki yang bermisai dan berjanggut.? Adakah misai dan janggut akan tercabut.?
ReplyDeletetak perlu pakai di bahagian tersebut :)
DeleteKalau pakai hr2 ad effect -ve ke
ReplyDeletekalau lps pakai masker ni,bleh cuci muka dgn pencuci muka x lepastu pakai krim malam pulak..boleh ke?
ReplyDeleteFirst time pakai. Bila nk tanggalkan tuh semacam kulit muka pun sekali nak tertanggal. Hasilnya kulit jd flawless. Try it for yourself.
ReplyDelete