Maybelline Lip Polish

Maybelline Lip Polish salah satu make up stuff yang perlu ada dalam koleksi make up. Sejak terpengaruh dengan entry Blogger FA, terus jatuh hati okay nak dapatkan Maybellline Lip polish ni. Sebelum ni hanya menggunakan Tony Moly Lips Tint je. Nampak bibir lebih natural katanya.

Tapi dengan pemakaian lip polish ni buat bibir lebih lembap dan berkilau. Kilauan pulak jenis tidak melampau dan tidak melekit. Maybelline Lip Polish dilengkapi dengan lip balm, lip gloss dan juga lip colour [lipstick] iaitu bertindak secara 3in1 dalam satu packaging. Mudah kan? Tak perlu nak apply banyak lapisan.

Packaging jugak sangat menarik dengan bentuk lipstick di dalamnya. Selain itu, applicatornya berbentuk daun dengan 180' fleksibiliti. Mudah untuk digunakan dan disesuaikan  dengan bentuk bibir kita yang kecil di hujungnya. Applicator yang lembut dan tidak comot bila di gunakan dan tak perlu ambil masa lama untuk apply di bibir.


Lip Polish boleh jugak di pakai selepas memakai lipstick yang lain juga. So kira sangat berbaloi la dari segi penggunaannya. Didatangkan dengan 10 warna yang menarik sesuai untuk kulit orang Asia. Warna yang sensational yang sangat menyerlah warnanya. Sesuai untuk semua wanita yang lebih sukakan gaya simple atau heavy make up untuk ke pejabat, event dan sebagainya.


Dalam banyak² colour Fiza pilih GLAM2. Warna sweet pink yang menarik sangat. Pink yang sederhana tidak terlalu pudar dan terang.


Cuba tengok bila di applikasi kan. Sebelah kanan outdoor dan sebelah kiri indoor. Warna agak berbeza bila di luar rumah dan di dalam rumah. Kalau kat luar memang nampak menyerlah bibir tu kan. Bibir nampak lebih fresh dengan warna pink sesuailah untuk Fiza. Korang rasa? Cukuplah dengan ada lip polish dah nampak macam make up tapi natural. Boleh?


Boleh dapatkan Maybelline Lip Polish ni di mana² beauty store atau di watson, guardian, Tesco, Jusco, Giant yang ada product Maybelline dengan harga RM32.90. lepas ni nak try POP6 pulak. Merah yang sexy! Salah satu product terbaik untuk digunakan :)

Untuk lebih info, baca ni :


4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.