Cara Merawat penyakit Eczema

Salah satu Cara Merawat penyakit Eczema adalah dengan pengambilan vitamin dari produk Shaklee. Fiza update entry ni bagi menjawab keyword 'cara merawat eczema' dalam keyword nuffnang. Moga entry ni membantu mereka yang memerlukan sedikit info ye.

Apakah Eczema

Eczema dalam bahasa melayu adalah Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal-gatal pada kulit, kulit kering dan mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini berkaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.-wikipedia

Nak lagi jelas boleh refer pada gambar ni. Mesti tak sanggup nak tanggung penyakit eczema ni kan

Ekzema ini selalunya terjadi pada bayi dan kanak-kanak sebelum mereka mencecah usia 2 tahun lagi. Penyakit eczema ini perlu dicegah dan dikawal dan akan beransur hilang lama kelamaan dengan kawalan dan pencegahan yang rapi. 

Punca-punca gejala Eczema

Terdapat 2 punca iaitu  dari dalaman dan juga persekitaran.
  • Faktor daripada genetik atau sejarah keluarga yang menghadpi ekzema, asma dan juga allergi. 
  • Alahan kepada makanan seperti produk tenusu, makanan laut, gandum dan sebagainya. 
  • Alahan kepada habuk di rumah seperti karpet, haiwan peliharaan, habuk persekitaran dan juga debunga. 
  • Faktor suhu iaitu panas dan lembap. 
  • Alahan kepada produk kecantikan seperti syampu, sabun, serbuk pencuci dan sebagainya. 

Jenis-Jenis Eczema 

  • Ekzema atopik Dermatitis - berair 
  • Contact Dermatitis - berair (alergi sentuhan spt sabun, etc) 
  • Dyshidrotic Dermatitis - kering 
  • Lichen Simplex Chronicu - kering bersisik 
  • Seborriheic Dermatits - kering bersisik 

Tanda-tanda Eczema

"Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan. 
"Papules", pembentukan tompok-tompok merah. 

Kulit mejadi kering, berair dan bersisik. 
Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut. 

Kitaran penyakit  Eczema

Eczema disifatkan sebagai kegagalan fungsi penghadang kulit yang boleh menyebabkan alahan dan juga seterusnya kegatalan. Bila Pesakit tidak dapat menahan kegatalan yang berlaku dan kerap menggaru di kawasan tersebut. Sekiranya kawasan kulit tersebut kering, tahap kegatalan makin meningkat. Bila kawasan tersebut digaru secara kuat dan berulang, lapisan kulit akan mula koyak dan meruam. Lebih buruk lagi, keadaan sebegini boleh menyebabkan bakteria atau kuman memasuki ke kawasan kulit tersebut.

Langkah-Langkah Merawat Eczema

  • Sentiasa melembapkan kulit kerana keradangan bermula akibat kulit yang kering 
  • Elakkan makanan yang menjadi punca kepada Eczema
  • Pakai pakaian yg diperbuat daripada kapas dan pakai secara longgar.
  • Elakkan penggunaan sabun/syampu yang mempunyai bahan kimia yang tinggi
  • Catitkan apa yang anak anda makan yang menyebabkan eczemanya semakin teruk
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru. 
  • Pastikan anak anda tidak terdedah kepada suhu yang panas terlalu lama.

Cara Merawat Eczema dengan pengambilan Vitamin Shaklee


Pengambilan vitamin shakle adalah SELAMAT untuk digunakan dan juga berasaskan sumber SEMULAJADI. Langkah pencegahan awal perlu di lakukan sebelum ianya melarat dan merebak yang akan menyukarkan lagi penjagaan nanti. Eczema hanya boleh dirawat dan dicegah tidak boleh disembuhkan jadi, so perlulah mencari produk yang betul-betul boleh mengatasi masalah anda ini dan tiada bahan kimia berbahaya yang akan memburukkan keadaan lagi.

Rawatan Eczema untuk Bayi berumur kurang 1 tahun 

Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh mengambil ESP/Mealshakes dan Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu. Menyusulah anak anda dengan susu badan sedari bayi anda dilahirkan kerana boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. 

Rawatan Eczema untuk peringkat Remaja dan Dewasa 

ESP ( Energy Soy Protein) 
Membantu menghasilkan sel kulit yang sihat dan membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik dan juga mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti.

Vitamin E 
Khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Ekstrak biji anggurnya membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak dan juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. 

Omega Guard 
Memastikan kulit kekal lembap dan mengelakkan kulit kering. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan dan mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti 

Herbal Blend 
Melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila disapu cream Herbal Blend ini, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang. 

Alfalfa
Menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin dr dalam badan. 

Vitamin C 
Meningkatkan sistem imunisasi badan. 

Basic H
Sesuai untuk pesakit yang mengalami masalah eczema. Tetapi sekiranya bayi mengalami eczema jenis kering tidak boleh ambil kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering.

Eczema tidak boleh dirawat dengan cepat dan mengambil masa untuk pulih. Eczema boleh di kawal diperingkat awal sebelum ianya merebak teruk dengan pengambilan produk yang sesuai. 

"Prevent is better than secure"
"Mencegah lebih baik dari mengubati"

11 comments:

  1. great info ni Fiza..
    dulu masa khairine kecik2 selalu sgt kena ekzima tp bukan seluruh badan.. cuma pada pelipat2 tangan & kaki je..
    now alhamdulillah dah ok.. akak nak keep tips ni utk future. thx Fiza

    ReplyDelete
  2. eh, ada penyakit mcm ni..aduhai..takutnya..hopefully famili timm trhindar dr pnyakit mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Kecik2 dulu je.. Dh bsr hilsng sndri..

    ReplyDelete
  4. tips yg bguss ! =) ~.. ~ the most imprtant thing , hygiene lah .. ~ then kalo dah trkena, tak dpt nk elak, pnjgaan tuh pnting.. ~ *thumbs up ~

    ReplyDelete
  5. Emm saya pun pernah kena macam ni..orang kg panggil lapar garam..sejak besar ni dah kurang dah..melainkan saya makan banyak makanan laut..huhu

    ReplyDelete
  6. E ni kadang2 ubatnya ikut serasi tak serasi jugak.......

    ReplyDelete
  7. adik i pai sekarang dah umur 24 ada lagi eczema nih

    ReplyDelete
  8. Thanks for the good info, now i having a Topical steroid withdrawal, my eczema symptom not sure but could be

    •Dyshidrotic Dermatitis - kering
    •Lichen Simplex Chronicu - kering bersisik
    •Seborriheic Dermatits - kering bersisik

    kulit saya kering and gatal, my friend introduce me a skin balm call pot of gold, after use it the condition better now, will follow your instruction on vitamin and omega for my daily diet.

    i post some photo for my Topical steroid withdrawal symptom on my blog:

    http://bigboyzone.blogspot.com/

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.