Gangguan Bekalan Air Di Seremban

Gangguan Bekalan Air Di Seremban akhir akhir ni agak kerap pulak rasanya. Bukan disebabkan air berkurang ataupun di catu tapi disebabkan ade paip bocor. Walaupun paip bocor tapi amek masa lama jugak nak tunggu dorang baiki tu. Kadang² seharian dan kadang² sampai ke petang.

Terbaru, akan ada gangguan bekalan air esok, 6 Mei 2014. Siap Siaplah kena simpan air secukupnya. Boleh baca info dari keratan Sinar harian bawah ni.

SEREMBAN – Penduduk di sekitar bandar Ampangan, Senawang, dan Rahang bakal mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip pada 6 Mei ini.
Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Norzita Ismail berkata, pihaknya akan melaksanakan penutupan sementara bekalan air berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip yang akan mengakibatkan gangguan di sekitar kawasan terbabit, bermula antara 8 pagi (6 Mei) sehingga 8 pagi keesokannya (7 Mei).
Katanya, bagi bandar ini kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ekoran kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip melibatkan, seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Temiang, Templer, Light Industri Temple, Lobak, Jalan Rasah dan Mambau.
“Selain itu, Hospital Besar Seremban, KPJ, Columbia, Hemodialisis Mawar, Hospital Bersalin Cina Templer, Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas (Mambau), Jalan Labu, Taman Desa Rhu dan Taman Warisan Puteri (Sikamat).
“Turut mengalami gangguan, seluruh kawasan Ampangan, Paroi, seluruh kawasan Senawang, seluruh kawasan Rahang, seluruh kawasan Rasah Jaya, Industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar, Seremban Selatan dan Seremban Jaya,” katanya.
Menurutnya, bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.
“Walau bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.
Katanya, untuk makluman, kerja-kerja ini merupakan usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.-credit : sumber

Warga Seremban, hadapi gangguan bekalan air ni dengan sabar ye. Simpan air secukupnya dan jimat² sikit guna air tu. Harap² tak lama lah kan.


7 comments:

  1. bertabahlah Fiza.. akak dah puas hadap gangguan bekalan air hehehe

    ReplyDelete
  2. Moga2 gangguan bekalan yg berlaku tak der lama sangat ..Ksian kat penduduk2 yg terjejas ..Moga sabar menempuhi..

    ReplyDelete
  3. Kami bru.hbis..kini seremban lak.. Bertabah la..

    ReplyDelete
  4. oh?seremban plak ye..sabar ye dik..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.