Keberkatan Yang Dicari
Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.
Mari fikir-fikirkan.
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.
Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah datang tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri.
KEBERKATAN YANG DICARI
6 cara utk mendapat pahala setelah mati:
1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.
3. Turut serta dlm pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.
Wallahualam ..
nice sharing...
ReplyDeletesalam jumaat... :)
salam jumaat and great piece of sharing fiza...
ReplyDeletesalam jumaat.. ~~ :)
ReplyDeleteSalam jumaat kak. Terima kasih atas perkongsian. Semoga kita sentiase diberkati dan dilindungi oleh Allah.
ReplyDeletesalam jumaat..betul tu..bukan hnya dlm mkanan..tp juga dgn perbuatan..anyway good share
ReplyDeleteada terbaca ni di fb..
ReplyDeleteada betulnya juga
kena muhasabah diri atas stiap apa yg jdi
terima kasih perkongsian ini. untuk hidup berkat juga hati mesti bersih. kerana segala-galanya bermula dari hati. :)
ReplyDeletedalam hidup ni kalau tak berkat mesti ada something wrong yg kita buat tak betul kann Fiza..
ReplyDeletecontohnya duit.. kalau tak berkat duit tu mst tak pernah cukup.. sekurang2nya kalau kita bersedekah wpun sikit, pn dah ok.. janji dpt keberkatan dan yg penting ikhlas :D
Terima kasih atas perkongsiannya kak fiza.. :)
ReplyDeleteperkongsian yang sangat bermakna...:')
ReplyDeleteAlhamdulillah, perkongsian yang bagus :)
ReplyDeleteNice sharing
ReplyDeletesama2 mencr rezeki yg berkat..
ReplyDelete