Resepi Churros Mudah dan Sedap
Churros rangup |
Resepi Churros Mudah dan Sedap | First time mencuba buat Churros atau nama lainnya Kuih Belimbing. Sebab bentuknya star macam belimbing kan. Mencuba sebab tergoda dengan Churros Kak Ina. Belek punya belek mudah sangat nak buat pun.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1biji telur
Nozzle muncung bintang
Piping bag
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-Cara:
1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana
2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit² atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul². Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah)
3. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.
4. Masukkan adunan dalam piping bag
5. Buat bentuk stick atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je sebab tak nak bagi melekat). Untuk first time buat ni bentuk masih tak proper lagi ni.Takpe, belajar kan.
taburkan tepung untuk elakkan tepung melekat |
6. Masukkan minyak dalam kuali, goreng dengan cara deep fry. Pastikan api perlahan supaya tak hangus. Bila dah warna kekuningan terus angkat.
7. Salutkan churros dengan gula halus dan sedia untuk dihidang!
Sediakan sos coklat sebagai pencicah churros |
Mudah sangat kan? Rugilah tak cuba sebab rasa dia sedap sangat! Nak lagi sedap boleh dip dip dengan coklat cair..Wahh memang marvellous sedap! Plus, rasa kenyal² manis² rangup² bila kunyah masuk mulut tu. Lepas ni kena buat banyak sikit nampaknya :) Yeay, dah pandai men'churros'. Sebutan dah macam kurus pulak kan.hihihi..
Fiza guna nozzle jenis bunga sebab nozzle star kecik sangat. Letih nak menekan keluar. Guna apa yang ada dulu janji ada bentuk tu dah okay dah.
Okaylah ni untuk kudapan petang. Silalah cuba ye :)
Okaylah ni untuk kudapan petang. Silalah cuba ye :)
Aaaa, nampak mcm senang! Hehe. Boleh lah tryy!
ردحذفMula mula tengok gambar, ingan pisang goreng. Rupa rupanya kuih. Boleh try ni, raya nak dekat dah.
ردحذفWah boleh cuba ni cam simple jer caranyerr ..
ردحذفwahh fest time dgr benda ni...huhu...mcm menarik je...nnt leyh la try ^________^
ردحذفnampak macam pisang goreng la. hehe. sedap
ردحذفsuke sgt mkn kuih ni.. sedap!
ردحذفRajinnya sis..lau kat klatan ade 1 jenis snek tapi bntuk lbh kurang camne tapi keras giler malangnya xtaw nama
ردحذفFirst time tgk ni... Blh cuba nnt...
ردحذفmaria kena cuba buat laa
حذفLama dah nak try buat tapi tak terbuat. Ni macam ada semangat nak buat balik. Hihi :D
ردحذفwahhh.. cam sedap je ni.. kalau buat bentuk pretzel ala auntie anne oke tk? heee..
ردحذفnampak pon sedap aje tu. ingatkan belimbing betul dah tadi. isy isy
ردحذفMacam sedap jer.. boleh try nanti.. xD
ردحذفNampak macam sedap .
ردحذفdah duduk rumahn ie..boleh la mencuba pelbagai resepi...thanks sharing resepi nie ye fiza
ردحذفfirst time neh tngokk .. tkot lagi eh nk cuba.. hehe ..
ردحذفade org jual kt cafe bawah ni..xpenah try bli lg..tp dh ade resepi ni nnt kot nk try bole la..senang je rupenye..
ردحذفMacam sedap dan senang..bila tah mood rajin nak datang ni..
ردحذفsenang jer..tq fiza..blh cuba ni :)
ردحذفsenang and sedap..hehe
ردحذفaduhai, sedapnya nampak... kalau fizah buat bisnes utk raya laku ni ;)
ردحذفrajin sungguh anda nih....hehhehhee hebat2
ردحذفsenangnya recipe.. ok akak salin skrg.. nnt ada time nak buat dgn anak2 :))
ردحذفguna acuan sumpritt pun cantik jgk kan...rajinnyer dia..
ردحذفbolh save ni resipi.
ردحذفResepi yang menggiurkan, thanks sharing..
ردحذفdik, satu adunan ni agak2 dpt byk mana, akak nak buat untuk pot luck ofis lusa, nak kena buat banyak lah ni akak ni ;)
ردحذفWah dah ada yang nak mencuba ..Ok laaa
حذفsalam
ردحذفminta izin copy recipi yerr
mesti sedap
ردحذفsedapnyerr resepi pun mudah jua
ردحذفBaru tahu..sng rupanya..boleh la cuba nti..tq for sharing :)
ردحذفohhhhhh ini diaaa churros.... actually, nona penah dgr, baru dgr... tu pun dlm radio singapore ~
ردحذفx pernh blogwlaking sini.and tgk entri ni, haha...
tq info yeh... ape rasa ea?? mcm tak penah jumper jekkk
petang ni rasa sempat nak buat ni..
ردحذفfavorite sally neh! tapi belum pernah nak cuba..hihi
ردحذفpernah try sekali buat..memang sedap..sekali hadap je ngan anak2..kuih ni pn dh laris org jual kt bangi ni
ردحذفNampak sedap dan senang.. dah lama nak try buat churros ni..
ردحذف