Semakan Online Keputusan UPU 2014/2015

Semakan Online Keputusan UPU 2014/2015 | Calon calon lepas SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah membuat permohonan ke IPTA sesi 2014/2015 boleh menyemak keputusan pada 10 Mei 2014 mulai jam 12:00 tengahari.


Semakan Ujian Temuduga Pengambilan Pelajar Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015

• UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA  
• UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 
• UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 
• UNIVERSITI MALAYA  
• UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 
• POLITEKNIK 

Makluman Awam

Ditegaskan bahawa KPM tidak pernah mengeluarkan atau mengedarkan sebarang bentuk surat panggilan temuduga untuk program Pengajian Asasi, Diploma, Ijazah dan Sijil Kemahiran Malaysia dengan Skim Biasiswa dari Institusi Pengajian Tinggi terpilih dan/atau pinjaman Pendidikan MARA/ PTPTN/ PTPK kepada pelajar lepasan SPM/STPM.

• http://upu.moe.gov.my/web/makluman-03042014.pdf

Makluman Untuk Calon STPM 2013

Semua calon STPM 2013 termasuk calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 hendaklah menggunakan keputusan peperiksaan STPM 2013 yang akan diumumkan pada minggu ketiga Mac 2014 untuk permohonan bagi kemasukan ke IPTA sesi 2014/2015 (Fasa 1 : 20 Januari hingga 7 April 2014).

Calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 boleh mengemaskini permohonan pada Fasa 2 (2 hingga 6 Mei 2014) dengan syarat telah membuat permohonan pada Fasa 1.

Pada yang berjaya, tahniah! Pada yang tidak berjaya boleh buat rayuan dan ikut prosedur rayuan. Semoga semua dapat sambung belajar dan berjaya dalam bidang masing maisng. 

credit : http://upu.moe.gov.my/web/

7 comments:

  1. ada jgak yg sy kenal dh lama apply tapi skrg ni x bersedia nk sambung blajar, huh...

    ReplyDelete
  2. wah..tringat zaman upu 5 taun lepas..cewah..hik3..gud luck adik2!

    ReplyDelete
  3. Haishh... Teringat zmn nk.msuk.u... Debar tu tggu result...

    ReplyDelete
  4. msti debar semua sblom cek, bla lpas cek tuh, lega sngat2 kott.. hehe :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.