Bubur Ayam Special

Ohoiii baru nak lunch! Ni lunch merangkap minum petang. Boleh? Pening kepala dari semalam bawak ke hari ni. Selalunya hari khamis kat sini ada pasar malam. Dan kalau ada pasar malam mesti Fiza beli soto ayam dan husband mesti beli bubur ayam. So hari ni tak perlu beli bubur ayam dan jugak soto. Makan bubur ayam special penuh kasih sayang ni je la. Bubur Ayam special ala² McD gitu.

Walaupun nak masak bubur ni simple tapi perlukan masa yang lama nak tunggu beras jadi bubur yang sedap. Kena kacau² jadi hancur jugak kan. Sanggup tunggu lama untuk masak yang sedap² ni untuk hubby :) 

Bubur Ayam Special

Sup Ayam
1. Potong ayam, asingkan lemak dan kulit kemudian basuh.
2. Didihkan air dan masukkan potongan ayam, lemak dan kulit.
3. Masukkan  1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia yang ditumbuk.
4. Masukkan garam dan serbuk secukup rasa.
5. Masukkan kiub ayam.
6. Biarkan sehingga masak. Tambah air jika perlu

Bubur Ayam
1. Basuh beras dan toskan.
2. Masukkan beras dan sedikit air ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan kuah sup. Kalau nak guna kuah sup semua pun boleh. Kena buat sup lebih sikit.
3. Biarkan beras kembang. Pastikan jangan biarkan air kering. Sentiasa kena tambah air/kuah sup.
4. Kacau bubur sehingga hancur sedikit. Kemudian boleh masukkan carrot dan kentang yang dipotong dadu.
5. Biarkan sehingga masak.

sup Bubur Ayam Special

Ayam yang telah masak di toskan kemudian diracik atau dipotong kecil. Untuk tambah kepedasan sikit boleh gunakan cili merah besar dipotong halus. Make sure buang biji cili tu ye.

ayam dan cili besar Bubur Ayam Special

Jangan lupa nak sup lagi sedap tambahkan daun sup dipotong halus.
Daun sup Bubur Ayam Special

Bubur tak semestinya untuk orang sakit kan. Kalau teringin nak makan, mesti buat :)

25 comments:

  1. tq akak share resepi...nengok gambar memang macam bubur McD :)

    ReplyDelete
  2. Dah lama teringin nak makan bubur. Boleh cuba resepi ni nanti :D

    ReplyDelete
  3. Akak suka mkn bubur letak telur asin...kacang tanah..cili potong...hirisan daging ayam...lamanya x buat....yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhoo...lagi sedap tu kak.masin masin sedap...ape lagi kak, balik rumah boleh terus masak :)

      Delete
  4. lama tak buat :D suka bubur ikan bilis hancur

    ReplyDelete
  5. lama tak masak bubur nasi. Dulu selalu buat, sekarang malas melanda landa. Bila tengok up entry ni, terus rasa nak buat esok. Tapi malas lak. Mohon post kat ena kak. HAHAHAAHAHAHAH

    ReplyDelete
  6. owww...bubur ayam...nak cuba...nak cuba..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya... Best gak sesekali mkn bubur kn..

    ReplyDelete
  8. suke jgk buat bubur ayam ala mcD ni sebab danish suke sgtt..tp xletak sup pun..klu ikut resepi fiza ni mmg makmak pun selera mkn ni..nyummmmm..

    ReplyDelete
  9. sejak2 sakit gigi ni..asal tgk bubur je sedap....kalau ada telur masin lagik yummeh

    ReplyDelete
  10. lama tak makan bubur ni..teringin pulaa

    ReplyDelete
  11. time tengahari pulak baca entry bubur ayam ni terus lapar hehe..

    ReplyDelete
  12. Sedapnyerr ..kak Lya pon kalau teringin nak makan buat jer tak tunggu sakit baru makan bubur hehehe

    ReplyDelete
  13. masa duk kmpg bleh kata hari2 mkn bubur nasi @ nasi air...my fav

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.