TM Resorts Cameron Highlands

TM Resorts Cameron Highlands lokasi penginapan Fiza selama bercuti sehari di Cameron Highland yang bertaraf 3 bintang. Booked beberapa hari sebelum pergi dan tu pun last bilik. Takde pilihan lain. Almaklumlah cuti sekolah, memang kurang pilihan sikit kalau book hotel/chalet/homestay lewat kan. 

Lepas husband interview SPA hari tu terus gerak ke Cameron Highlands. Cuaca agak panas haritu dan bila sampai Tanah tinggi ni takdelah sejuk yang diharapkan. Dah tu pulak jammed sangat kat atas. Dahlah jammed, then harapan nak check in cepat pun tak kesampaian sebab susah nak cari lokasi TM Resorts ni ha. Guna waze, guna google maps pun tak boleh pakai. Ntah mana dibawaknya kitaorang ni ha. Last² tanya guard kat bangunan ape ntah. Nasiblah tahu.

Finally sampai jugak di TM Resorts ni.
TM Resorts Cameron Highlands

Cantik jugak view TM Resorts dari luar ni. Nampak tak cuaca panas tu. Takde kabus lansung! Maknanya tak sejuk. Kat sini takde lif okay! Semput tau naik sampai tingkat 3 dengan bag tu.

view TM Resorts Cameron Highlands

Receptionist yang mesra alam. Good!

receptionist view TM Resorts Cameron Highlands
Husband booked 2 Bedroom Deluxe, 1 queen bed dan 1 bilik lagi ade 2 single bed. Fiza bukan pergi berdua je. Bawak sorang anak buah Fiza. Dah alang² cuti sekolah ni dia dok rumah Fiza, so bawak lah sekali. Boleh gak mengisi waktu cuti sekolah ni.

Service kat sini so far okaylah. Kecewa di beritahu awal takde astro cuma ada siaran TV1 dan TV2 je. TV pun fesyen lama punya. Power button pun dah rosak masuk ke dalam tu. nak ON OFF tekan suis je. Nasib jugak bukan jenis tengok TV sangat. Time rehat tu ade jugaklah tengok² sikit. 

Ruang tamu ni view menghadap gunung..depan tu ade bangunan sikit.
view from hall TM Resorts Cameron Highlands

Ruang tamu ni selesa cumanya kebersihan tak terjaga. Ada kotoran bawah meja bekas Ashtray yang dah lama ditinggalkan. Sofa kepam dan berbau semacam je. Langsir dalam warna putih kotor giler.

hall TM Resorts Cameron Highlands

kosong takde 3 in 1 drink, sugar or creamer.

table for two hall TM Resorts Cameron Highlands

2 single bed Fiza rasa okaylah. katil standard kecik.

Singe bed TM Resorts Cameron Highlands

Ini pulak bilik air untuk 2 single bedroom, anak buah kata air panas takde, tak berfungsi. Water heater rosak lah tu. Terpaksa mandi air sejuk nak beku tu..Menggigil tak hengat nak mandi. Dah macam mandi air batu. Keadaan bilik air yang tak terjaga, kotor tak dibersihkan. =__='

Singe bed bathroom TM Resorts Cameron Highlands

Jom kita tengok bedroom Fiza lak. Punyalah kecik. So kena solat kat luar. Selimut,cadar and bantal berbau sikit. Even tak selesa, bila dah penat lena je tidur. Tapi tak lena sangatlah sebab kena jaga husband demam. Menggigil dia tidur malam kena lap² badan dia yang panas tu. Risau betul tengok badan dia panas. Orang sejuk dia panas.

Ada 2 3 lampu bilik ni tak boleh digunakan.
Queen bed TM Resorts Cameron Highlands

Bilik air untuk bilik ni agak kotor berdaki sikit la, semak mata memandang. paip besi salur air tu ade pulak bocor sana sini.. nak membersih selepas buang air tu amatlah seksa oiii..Nasib pulak air panas dalam bilik air ni okay. Sekali bukak paip air panas nak melecur rasanya. Then, bilik ni tak boleh dikunci sebab kunci pintunya dah rosak..huhu.

bathroom Queen bed TM Resorts Cameron Highlands

So far cuma berpuas hati pada layanan je la. Sangat friendly! Tapi dari segi kebersihan tu sangatlah tidak puas hati dan kecewa sangat even tidur satu malam pun at least nak jugak keselesaan dan sejuk mata memandang sikit kan.

Bukanlah nak kondem terus dengan entry ni. Kalau boleh biarlah berbaloi dengan harga yang dibayar jugak. Harap dorang boleh perbaiki maintainance hotel ni. Sebenarnya haritu masa nak booking via agoda ada baca review sikit kat bawah tu. Memang betullah apa yang dorang cakap tu, agak smelly, so old, dirty dan tidak memuaskan. Tapi nak buat camne kan, dah takde pilihan. Last bilik yang tinggal pulak tu. Tak book nanti nak tidur mana pulak.

Sedapkan ati sendiri, biasalah kalau ada kekurangan tu kan. Terima je la. Kalau korang nak pergi bercuti tu, google dan bacalah review dari mereka jugak. Sangat penting tu untuk menjamin percutian yang best. Hotel ni Fiza bagi 1bintang je boleh? 

Address:
TM Resorts Cameron Highlands
Persiaran Dayang Endah, Tanah Rata,
Cameron Highlands, Pahang
Malaysia


15 comments:

  1. dah nampak kekotoran pada bilik air tu fiza...kenalah jaga prestasi hotel mereka kan...kalau macam tu tak hilang ketenangan untuk bercuti...

    ReplyDelete
  2. kalau pergi cameron waktu cuti sekolah mmg tak bes. harga pun melambung naik.. tp tak pela. next time booking tempat yg bes ye dik. akk penah pegi time tahun baru 2014. tapi waktu tu, org xde la ramai sgt. mungkin sbb semua p KL nak sambut new year kot. wallahualam. bilik yg akk stay pun xbes. bilik air dia tak friendly. water filter kejap ok kejap x. terkono den mandi dgn air sejuk. biru sekejap. sejuk mcm air titanic tu rasanya. aihla.. yg bestnye wifi 24jam astro pun ada.. trip xplanning, main terjah je. ok lah kan..

    ReplyDelete
  3. Selalu mcm tu la..rdception ok...peramah tp keadaan bilik x memuaskan...x pe la fiza...dh itu je yg dpt for last minute kan...

    ReplyDelete
  4. tengok gamba yang 1st tu macam cantek je kat dalam..

    ReplyDelete
  5. nama pun resort kena la bersih kan

    ReplyDelete
  6. Agak teruk maintenance dia. Kalau terpaksa je baru pilih hotel ni. hmm

    ReplyDelete
  7. kalau kotor memang tak berkenan sangat la.. huhu

    ReplyDelete
  8. Design cntik cuma servis la x best pula kn..

    ReplyDelete
  9. biasalah Fiza sikit2 tak puas hati tu mesti ada.. tempat orang kann.. kalaak kita sendiri for sure kita akan jaga baik2 yer dak..
    bagus jugak tm resort ni.. besar :D

    ReplyDelete
  10. igtkan tadi staff TM jugak...hehehe biasa la tmpt murah rege pun lebih kurang la...if nak pegi CH lagi ai suggest u dok JAsmine hotel. betul2 dekat brinchang....senang jalan kaki ke mana pun termasuk pasar malam brinchang...big red farm area tu kat tengah2 senang nak ke mana2.... :)

    ReplyDelete
  11. dr luar cantik..tp ni still ok lg fiza..stakat nk bemalam sehari..lgpun utk tdo je kan..siang bejalan..hikhik..

    ReplyDelete
  12. Wahh seronoknyerrr Fiza bercuti .......
    Selamat beristirehat .....

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.