Resepi Roti Puri Mudah
Resepi Roti Puri Mudah je rupenya. Bahan bahan pun tak banyak. Boleh buat santapan bila bila masa je. Bila dah bahan simple je memang rajinlah nak buat. Pertama kali cuba menjadi memang excited nak buat lagi. Cuma kurang kembung sikit roti ni sebab sepatutnya kena lenyek tepung nipis sikit. Tapi takpe, still kembung dan sedap dah memadai.
Roti puri ni sedap makan panas panas masa tengah kembung. Kalau dah sejuk ginilah jadinya, dah mula mengecut..huhu..Lambat snap punya pasal.
Pepagi ni bolehlah try buat untuk breakfast.
Bahan²
1/2 kg Tepung gandum
Susu Tepung * tak kisah susu tepung jenis apa. Tapi Fiza guna susu tepung Dutch Lady wiith honey so tak perlu letak gula dah
Air
Garam
2 sudu Butter atau 1 sudu marjerin
Cara²
1. Sediakan air susu [ bancuh susu tepung dengan air dan tambahkan garam. Kalau guna susu tepung biasa tambahkan gula 1-2 sudu ikut citarasa].
![air susu roti puri air susu roti puri](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_1ICcg-EFZhEzWs-vJ6mMmGEbPoKUkQS2FR9LkvY_pinHvAra7o5n-VPC4Iq5vT3MDEeUCvV_NqBpkCo_cADjkaBvfJXiWmg8Ezx0cBHSPEsyabXkYmcf3DGqrZVQ-xMqdIFa6_U8jcRB/s1600-rw/air+susu+roti+puri.png)
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung bersama butter yang telah dicairkan (atau marjerin) dan gaul.
3. Masukkan air susu sikit demi sedikit dan uli menjadi doh. *Pastikan doh tidak melekat. Jika melekat tambahkan tepung.
4. Dah siap doh, bulatkan kecil kecil dan letak minyak sikit.
5. Rehatkan selama 5 minit
6. Sebelum menggoreng pastikan minyak panas dan banyak. Lenyek nipis tepung tadi dengen pengelek kemudian goreng setelah minyak panas. Roti akan mengembung semasa goreng :)
Sediakan roti puri bersama sambal sardin. Tumis bawang merah,bawang putih dan tambah cili kalau nak pedas. Dah garing bahan tumis masukkan sardin dan biarkan masak seketika. Dah boleh dihidang bersama roti puri. Memang sedap!
Selamat mencuba :)
bestnya
ردحذفsedapnya makan roti puri ni..kena dengan kari pekat sedap nie
ردحذفsecara tiba2 teringat puri dan macam nak balik menyinggah di mamak pulak ni...ekekekeke....
ردحذفwah simple ja tapi nampak sedap.. boleh cuba ni :)
ردحذفthanks for sharing..:)
ردحذفmmg sedap roti puri nie..akak suka mkn dengan sayur campur isi dlm poket yg kembung tu...
ردحذفAssalamualaikum dan salam singgah isnin dik Fizah..sedap ni buat untk sarapan pagi atau minum petang...InsyAllah nak try..
ردحذفterliur tengok hhehe
ردحذفmacam-macam versi roti puri...tiba-tiba rasa nak buat sendiri pulak...
ردحذفroti puri cicah kari sardin... sedap jugak.
ردحذفlya pernah mkn mak mentua yg buat hhee..nnnt lya cuba
ردحذفpernah buat...cicah kari tenggiri sedap nih
ردحذفWah.. Npk sdap. Blh cuba nih..
ردحذفWah wah wah ..sedap ni
ردحذفRajin masak la nie .........
ردحذفterliur la pulak! hehe ;p
ردحذفHm....sedap nmpaknya..
ردحذفkuih tingat zaman sekolah saya..... kantin sekolah saya dolo lau buat kuih karipap intin dh abih kulit tu goreng kemudian cicah ngan sambal ikan bilis hehehe
ردحذفsalam. alamak sedapnya!
ردحذفalamak sedapp ni tunggu hari cuti....sambal bilis pun jadikkk
ردحذفrajinnya :) nampak sedap boleh la nak cuba utk weekend nanti
ردحذفNyum2..terliur tengok :)
ردحذفermmm..dapnyeee..senang je rupenye wat roti puri ni..tp akak xmnm susu..nk tukarkan ngan ape yek?ke xletak pun xpe?
ردحذفsenangnya... mcm buat doh pizza je..
ردحذفskrg semangat memasak sangat2 membaca.. bila nampak recipe mudah2 macam ni rasa tak sabar nak try..
rasa rugi je bila makan kat kedai padahal boleh buat sendiri je kannn :D
simple jer..tq sharing fiza :)
ردحذفakak dh pernah buat..memg seng aje
ردحذفRoti x kira apa jenis..mmg makanan wajib harian den
ردحذفsaya biasa makan dengan kari ayam. nyam nyam
ردحذفSdapnyaa..
ردحذف