Bandar Hilir Melaka
Masih dalam hari pertama di Melaka. Bila perut dah kenyang memang seronok nak berjalan. Cumanya cuaca sekarang panas kan. Lepas makan pergi Bandar Hilir Melaka. Tempat yang wajib pergi kalau ke Melaka ni. Ini ntah kali ke berapa pergi sini lah. Ikutkan taknak pergi sebab dah pergi tapi takpe, mungkin ada sesuatu yang baru kan.
Bandar Hilir sebuah kawasan pelancongan di Melaka yang terletak di dalam daerah Melaka Tengah bersebelahan dengan Banda Kaba dan Melaka Raya.
Di Bandar Hilir dipenuhi dengan Bangunan Merah yang dikenali sebagai Bangunan Stadthuys. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 dan bangunan ini juga merupakan rumah rasmi bagi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat satu gereja yang bernama Christ Church dimana ianya telah berusia 250 tahun lebih.Terdapat juga kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda.Bangunan Stadhuys sekarang menempatkan Muzium Sejarah,Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi oleh pelancong
Kat sini memang selalunya jadi tumpuan pelancong. Selain bangunan banyak kedai jualan yang ada untuk dibeli sebagai sourvenir.
Masa ni tak berapa nak ramai lagi. Kat sini juga ada perkhidmatan beca. Beca yang dihiasi dengan pelbagai jenis hiasan dan tema macam hello kitty, rama rama dan macam macam lagi ada. Siap ada lagu lagu lagi tu. Memang menarik tapi Fiza tak naik beca sebab dah pernah naik dulu. Harga pun mahal juga RM20 untuk satu beca jalan kat area situ yang tak berapa nak jauh. So agak tak berbaloi nak naik. Cukuplah pengalaman sekali je. Tapi kalau nak merasa naik apa salahnya kan. Beca juga salah satu tarikan yang ada kat sini.
Kat Bandar Hilir ni bukan ada bangunan merah ni je. Ada tempat menarik lagi di kawasan terdekat.
Istana Kesultanan Melaka
Dataran Pahlawan
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Menara Taming Sari
Pusat Membeli belah
Mahkota Parade
Dataran Pahlawan Melaka Megamall
Carrefour
Hotel
Hotel Equatorial Melaka
Hotel Holiday Inn
Hotel Mahkota Century
Hotel Pahla1
Dah puas jalan jalan kat sini, terus bergerak ke destinasi seterusnya. Stay tuned :)
saya skip baca entri ni kak..sbb saya jealous..hahaha..boleh gitu nak komen? lol.. seronok mai melaka,satu hari mmg tak cukup,tp itulah last mai sana masa 2010..itu pun buat tugasan.. T___T
ReplyDeletebalik sana jarang sekali dpat ke sini..selalunya suka lepak kat kampung je;minum coconut shake..nyummy
ReplyDeletebila sebut melaka ni teringat pulak kt coconut shake kat klebang tu hihi..
ReplyDeleteMasa akak pi dulu kat sini ramai yg amik pre wedding photo...mesti cantik kan...
ReplyDeleteBestnya jenjalan :)
ReplyDeletetak pernah sampai g melaka huhu
ReplyDeletePort lepak zaman bujang dulu..masa kerja di Melaka
ReplyDeletecantik la fiza amik gmbr dr cni..xpenah naik kt ats ni..
ReplyDeleteBaru sekali je lya menjejakkan kaki ke cna
ReplyDeleteCantikk..kat sini boleh la lepak2 sambil jamu mata shopping ka tepi2 jalan ramai penjaja ..duk jual barangan kraf ..Yang penting FM kena beli hehehhehe ................
ReplyDeleteKak Lya naik kat ats bukit ambik gambar jugak masa g Melaka ..Lagi nampak jelas bila panjat bukit ni ambik gambar ...Kebetulan kereta park kat ats bukit terus la ambik gambar dari atas ..View dia lg menarik
ReplyDeleteBestnyerr dapat jalan2.......
ReplyDeletepemandangan yang agak menarik juga... tak sabar nak bawa anak-anak melawat tempat2 pelancongan macam nie...
ReplyDeletebest jalan-jalan Melaka!
ReplyDeleteMelaka sekarang dah maju. Banyak benor shopping mall, dah tak payah pergi turun KL.. :)
ReplyDeletetempat wajib untuk pelancung datang ni..
ReplyDeletelagi pun dekat dgn hard rock..
Melaka mnrik.. Tp kna pergi dlm mood yng baik.. Bru seronok berjln.
ReplyDeletekalau time malam, cantikkkkkkkkk yang amat tuuuuu ~~~~ he heeee~
ReplyDeletemeriahhh dgn lampu2, beca, sakan betol, nak2 ujung mguuuuu ~