Header Ads

Tempe Goreng dan Sambal Kicap

Kalau goreng tempe tak sedap kalau takde sambal kicap. Tempe bukan je makanan orang jawa tapi dah menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Tempe boleh digoreng begitu sahaja atau di goreng bersama tepung dengan resepi istimewa.

Sebagai orang kampung tempe goreng memang menjadi kegemaran untuk menu minum petang. Tapi orang bandar pun suka je makan tempe sebenarnya kan? Salah satu kegemaran Fiza yang boleh buat terliur kalau tak dapat =__='

Tempe Goreng dan Sambal Kicap

Kebiasaannya mesti dihidangkan bersama sambal kicap@sambal hitam. Di johor kalau ada pisang goreng mesti ada sambal kicap juga. Jangan buat pelik kalau membeli pisang goreng kat johor dapat sambal kicap sekali. Itu memang wajib ada sebab tu bila Fiza beli goreng pisang di negeri tertentu macam pelik bila takde sambal kicap. Dah terbiasa makan dengan sambal kicap yang pedas baru umphh....

Tempe goreng ni sedap potong nipis dan digoreng garing. Tempe goreng biasanya Fiza goreng guna tepung gandum + telur sebiji + serbuk kunyit + garam sikit + air. Ini resepi ringkas lah. Rangup pun rangup. Kalau nak lagi rangup  boleh tambah tepung beras.

Kalau nak goreng berempah gunakan ketumbar, bawang putih, jintan manis, jintan putih,serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Blend semua bahan, gaulkan tempe dan perap kemudian goreng. Cara ni kalau nak adun bersama tepung pun boleh. Ikut citarasa okay

Sambal kicap pulak senang je nak buat seulas bawang putih+cili api ikut tahap kepedasan yang korang nak+1/2 sudu gula+ kicap. Jangan letak air nanti cair sangat pulak tak sedap. Blend je lebih mudah.

Inilah menu minum petang yang sedap dan ringkas. Maaf kalau ada yang terliur .

هناك 18 تعليقًا:

  1. memang sedap,. bila duduk Jb ni baru kenal tempe makan ngan sambal kicap :)

    ردحذف
  2. sedapnye fizah..lauk ni je pun dh ckp klu mkn ngan nasik..

    ردحذف
  3. tempe3..sukanya..lgi sedap klau goreng bersambal dgn ikan bilis..pastu cicah dgn roti gardenia..hoho

    ردحذف
  4. Aishh teringat plak lya pun da bli Tempe nak goreng la mcm ni

    ردحذف
  5. kalau goreng garing2 lagi masyuk :D tapi selera afzal kat masak lemak tempe berlada. perghh!!

    ردحذف
  6. sedapnya tempe cicah sambal kicap..
    nak tau tak?? kat pasar borong melaka kan harga tempe RM seposen je.. tak tipu..

    ردحذف
  7. pergh...lame giler tak makan tempe goreng ni kak. dulu arwah mbah selalu buat bila minum petang. sambil cicah sambal kicap pastu kasi lawan dengan kopi kaw panas... perghhhh!

    ردحذف
  8. Haha...kenapa den baca entry ni masa tengah lapar...kejammm ...haha

    ردحذف
  9. baru teringat... dah agak lama juga tak makan tempe ... kena cari juga nei.

    ردحذف
  10. Tempe goreng ni fav kami sekeluarga.. Goreng rangup2..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.