Resepi Tempura Terung

Resepi Tempura Terung versi melayu ala ala pisang goreng. Inspirasi dari resepi tempura versi japanese katanya. Selalu tempura ada udang, ubi keledek, keladi, cendawan dan terung. Tapi Fiza guna terung je la sebab itu je yang ada stok sekarang.

Untuk mereka pencinta sayur sayuran bolehlah cuba resepi mudah ni ye. Dah nama makanan jepun. Kenalah ada chopstick gitu. Warna pink wajib ada :)

Resepi Tempura Terung

Bahan-bahan
1 Biji Telur
1 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu tepung jagung
3/4 Air sejuk
Ketulan Ais
garam
Serbuk Lada Sulah
3 Biji Terung

Cara-cara
1. Potong terung secara sederhana nipis. Terpulang nak potong bentuk macamana pun. Basuh dan rendam dengan air supaya terung tak lebam.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur seketika. Masukkan air sejuk yang betul² sejuk untuk menghasilkan tempura yang rangup dan tak meresap minyak. Masukkan ketulan ais 1-2 ketul. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan serbuk lada sulah.
3. Gaulkan adunan menggunakan garfu.
4. Panaskan minyak. Celupkan potongan terung ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Makan bersama sos cili tambah mayonese dan juga cheese mayonese..sedap!

Credit resepi di olah dari : Sumber

23 comments:

  1. First time dengar tempura terung. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak. Tapi saya tak makan terung :(

    ReplyDelete
  3. Ala... Xleh makan terung... Gantibkentang best gak kn..

    ReplyDelete
  4. timm xmkn terung..tpi bila dah goreng gitu..mcm boleh masuk tekak jer^^

    ReplyDelete
  5. Salam singgah isnin dik Fizah..sedapnya tempura terung...

    ReplyDelete
  6. Wahhh nampak sedapp jerr ..fiza klau tukar utk cendawan blh ke tak hehehe

    ReplyDelete
  7. boleh try nnti ni fiza. Haritu eka makan pumpkin tempura. Sedappp..

    ReplyDelete
  8. makan panas2 ni..tengah rangup..sedap kan

    ReplyDelete
  9. pertama kali taw pasal tempura terung..

    ReplyDelete
  10. ooo..itu rahsianya..kene guna air yg sejuk..slalu akak pakai yg segera je..hihi..nnt blh try resepi fiza bg ni

    ReplyDelete
  11. boleh jugak buat ngan bayam...akak pernah buat amik daun bayam yang lebar2 tuh,..sedap..dah jadi keropok plak nanti...

    ReplyDelete
  12. Sedapnya dik Fizah...InsyAllah nak cuba juga resepi ni...terima kasih atas perkongsian resepi ini sis...

    ReplyDelete
  13. Sedapnya dik Fizah...InsyAllah nak cuba juga resepi ni...terima kasih atas perkongsian resepi ini sis...

    ReplyDelete
  14. sedap sedap sedap... nak try juga tapi tak tau bila, anak-anak tak suka sayur, makan berdua jer lah dengan ayahnya... :P

    ReplyDelete
  15. oooo tak pernah makan.. tp bahan2 je mudah yer.. boleh try nanti ni

    ReplyDelete
  16. potong halus-halus...buat mcm keropok...laaaaaaaahai sedaapnyaaaa

    ReplyDelete
  17. Selain terung apa lagi yg kita blh buat ya Fiza

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.