Program Belajar Membaca I-SINA

Program Belajar Membaca I-SINA membantu anak anak membaca dengan mudah, cepat dan efektif. Ia merupakan sebuah program dalam bentuk buku dan juga DVD untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya dapat menguasai kemahiran membaca dan juga sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah untuk dijadikan rujukan mengajar.

program-belajar-membaca-i-sina

I-Sina memberi penekanan kepada kefahaman anak-anak bukan hafalan. Mereka akan menunjukkan minat apabila mereka faham dan boleh mengikuti program.

  • Program Belajar Membaca i-SINA adalah program yang disusun khas untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif.
  • Program Belajar Membaca i-SINA ini menggunakan pendekatan yang diperkukuhkan supaya kanak-kanak lebihmemahami konsep asas pembentukan gabungan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan, tanpa terikat dengan hafalan suku kata. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan diajar bagaimana bunyi dibentuk apabila huruf-huruf digabungkan bersama.
  • Program Belajar Membaca i-SINA ini sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah yang inginkan sebuah program untuk mengajar membaca kepada majoriti kanak-kanak dengan berkesan.
  • Program Belajar Membaca i-SINA ini juga menjadikan kanak-kanak “suka” dan “mahu” terus membaca kerana mereka faham dan mampu mengikuti program mengikut kelajuan dan kemampuan mereka, tanpa sebarang paksaan dan hafalan yang membebankan.
  • Program Belajar Membaca i-SINA ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan kaedah fonetik dan menitikberatkan kefahaman kanak-kanak menerusi latihan-latihan dan arahan-arahan guru yang sistematik dan mudah. Ia mempercepatkan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca secara menyeluruh bukan setakat menghafal dan membaca suku kata mudah.

Kelebihan Program Belajar Membaca I-SINA
  • Boleh dimulakan untuk kanak-kanak seawal tiga setengah tahun tanpa perlu mengenal kesemua huruf A hingga Z.
  • Disusun dengan langkah-langkah pembelajaran yang kecil tetapi sangat efektif.
  • Guru atau ibubapa yang hendak memulakan program tidak memerlukan pengalaman mengajar kerana arahan untuk mengajar diberikan untuk setiap pelajaran.
  • Menggunakan kaedah fonetik tetapi masih memperkenalkan nama huruf di dalam program pembelajaran.
  • Memperkenalkan tanda-tanda bacaan seperti noktah, koma, tanda seruan dan tanda soalan.
  • Menggunakan cara pembacaan yang sama dengan pembacaan dalam Bahasa Inggeris (tidak terikat dengan pembacaaan mengeja atau menghafal suku kata)
  • Mengelakkan kekeliruan kanak-kanak dalam proses menguasai proses kemahiran membaca.
  • Dan banyak lagi!
Bagi ibu bapa yang ingin anak anak belajar membaca dengan mudah bolehlah dapatkan e-book Program Belajar Membaca I-SINA. Moga ini dapat membantu.

Tempah Sekarang E Book Program Membaca I-SINA


6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.