Strategi Kahwin dan Kaya

Pada yang belum berkahwin mesti nak tahu Strategi Kahwin yang terbaik dan Kaya selepas perkahwinan. Semua orang akan berkahwin dan perkahwinan itu merupakan satu perkara yang amat penting bagi anda yang beragama Islam sehingga jika ada sesiapa yang tidak mahu berkahwin maka Rasulullah mengatakan ia bukan dari pengikutnya. 

Berkahwin ini adalah satu keperluan dan ianya telah menjadi syariat untuk setiap manusia walau apa pun bangsanya, walau apa pun agamanya. Saya tahu anda sememangnya mahu berkahwin dan mungkin segala persiapan diri telah anda lakukan namun satu perkara yang mengganggu fikiran serta emosi anda iaitu...DUIT.

Duit adalah masalah utama untuk berkahwin. Betul tak? Fiza pernah merasainya dulu. Alhamdulillah semua berjalan dengan baiknya. Sebut memang mudah tapi ”berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul”. Dari permulaan proses perkahwinan bertunang, bernikah hinggalah selepas nikah semuanya akan berkaitan dengan DUIT DUIT DUIT.

Sebelum merancang dah pasti kene melakukan perkiraan berapa bajet yang diperlukan seperti di atas.
Zaman sekarang ni kos yang perlu dikeluarkan bagi satu-satu perkahwinan sekurang-kurang RM20,000.00. Makin lama makin banyak belanja kan. Jadi kalau setakat ada hanya seribu dua dalam akaun bank tu cuba-cubalah fikir dan ikhtiar bagaimana nak dapatkan RM20k.

Sudah berkahwin tapi berhutang?
Orang kata kahwin memang sekali seumur hidup dan dah tentu nak buat secara besar besaran tapi sedar atau tidak sebenarnya perbelanjaan selepas kahwin lagi banyak untuk digunakan. Jangan berhutang buat majlis besar selepas kahwin berhutang pula sebab tak mampu bayar.

Atas desakan kos perkahwinan yang tinggi serta simpanan yang tidak mencukupi maka ramai diantara kita yang melakukan pinjaman wang.Tidak kisah samada meminjam pada pihak BANK atau perseorangan. Sekali pinjam bukan sikit-sikit sekurang-kurang RM10Ksehingga RM20K. 

Bagi yang bergaji besar mungkin tiada masalah untuk membayarnya secara ansuran namun yang bergaji sederhana dan kecil ini silap-silap hanya setakat membayar faedah setiap bulan dan jumlah hutang masih tidak-tidak berkurangan, bertambah adalah.. Apa yang terjadi adalah walaupun setelah beberapa tahun berkahwin, anak pun mungkin sudah besar tetapi hutang masih tidak dapat dilangsaikan sepenuhnya.

Apapun kena mengikut bajet. Ukur baju di badan sendiri. Tak boleh nak ikut sangat cara orang lain dan walaupun majlis itu besar atau kecil orang ramai tetap akan bercakap jugak. Percayalah. Susah nak mencari kesempurnaan sesuatu majlis.


Sudah tentu saat ini anda rasa risau silap-silap lambat pula anda kahwin. Sebenarnya ada jalan penyelesaiannya dan kata kuncinya adalah PERSEDIAAN. Persediaan dari segi ilmu serta status kewangan. Bukan sekadar itu malah persediaan yang harus dilakukan sebelum nikah, semasa nikah dan selepas nikah. Untuk mereka yang masih bujang tu boleh dapatkan 

PANDUAN STRATEGI KAHWIN DAN KAYA

Harap ianya dapat membantu dan mempermudahkan segala urusan majlis. InshaAllah...

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.