DIY Sticker Label
Benda dah lama tapi baru up entry..pedulikk..asal hado. Mana tahu kot ada yang nak tahu kan. Ini DIY Sticker Label habis jimat lah ni. Berkualiti dan tahan lama. Tetiba rajin pulak nak buat sticker label untuk segala rempah ratus kononnya.
Bila dah rajin, jangan tunggu lelama nanti bila M.A.L.A.S datang terbengkalai projek rajin nanti. Ini pun rajin sebab tengok banyak pulak botol kaca yang ada. Kalau seragamkan semua rempah ratus mesti nampak lagi cantik dapurku itu.
Cara Cara
1. Design label guna apa apa software pun boleh [word, photoscape, excel, photoshop dan seangkatan dengannya]
2. Kemudian print
3. Potong label mengikut bentuk
4. Tampalkan transparent sellotape yang bersize besar dipermukaan label yang dah digunting tadi.
5. Kemudian terpulanglah nak gunting mengikut bentuk atau tidak. Kalau mengikut bentuk nak tampal kat botol kaca tu kenalah guna gam uhu. kalau tak potong mengikut bentuk terus je sellotape sekali kat kaca tapi nampak kurang cantik pulak kan.
Ini hasilnya bila dah potong mengikut bentuk selepas tampalkan sellotape kat permukaan label. Nampaklah macam sticker glossy sikit. Kira protect tahan lama lah kalau kena air tu.
Ini pulak lepas tampal guna gam UHU. Masa tampal tu kena tekan dan pegang dulu label tu supaya kekal kedudukan label tu sebab botol kaca kan licin.
Mudah dan jimat. Tapi kalau setakat buat sikit okaylah. Janganlah pergi buat untuk kenduri kahwin pulak. Gigil tangan nak buat sampai beratus beribu tu. Apapun kalau nak buat kenelah rajin ye.
Btl tu fiza bila rajin harus di segerakn buat sblm jdi mls hihi
ردحذفcantiknyaa. rajin aih dia buat label label gini :D
ردحذفComelnye kak :)
ردحذفcomelnya bila dh tampal..
ردحذفMenarik..
ردحذفGood idea....Bijak..Bijak....
ردحذفsangat kreatif.. lepas ni x ada dah amik slh brg hehe sbb da ada label
ردحذفkreatifnya akak. jimat pun jimat. cantik pun cantik. hehe
ردحذفnak beli printer..baru boleh buat semua ni
ردحذفtak terbuat kalau dah kat rumah sekarang ni...cantik kan bila dah dilabel macam ni
ردحذفWah Fiza mmg kreatif ..cantik sgt tuu
ردحذفBila dah cantik kita pon suka tgk ...bila dah suk senangat sikit nak masak memasak ..
ردحذفwah rjin la sis
ردحذفada rumah sendiri boleh lah buat nk kemas2 cantik comel kan hehee..ni rumah mak..nnt mak rimas hahaa :p
ردحذفboleh tahu kertas u kertas a4 biasa or apa eh?
ردحذفkertas A4 biasa.
حذفsis nak copy boleh hihi..teruja sebab dwi bahasa ada kat citu..tq sis
ردحذفsuhaila320@gmail.com
Maaf, artwork ni dah lama saya pun tak simpan dah.
حذفhuhu sayangnya...dwi bahasa tu jadi tertarik..ok sis tq
ردحذف