Resepi Potato Fritters Mudah dan Cepat
Kalau dah terliur jangan malas malas nak mencuba.
Bahan²
- Beberapa biji kentang [3 biji atau lebih-bergantung pada besar kentang]
- 4 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 biji telur
- Daun bawang
- Daun Sup
- 2 tangkai cili merah besar
- 1 sudu kecil lada hitam
- Garam
- Minyak masak
Cara²
1. Kentang disagat halus,daun bawang dan daun sup dipotong halus,cili api dipotong dadu.
*Daun bawang dan daun sup boleh letak salah satu. Kalau nak letak dua dua pun boleh.[optional]
2. Campurkan kesemua bahan² [kentang, daun bawang, daun sup, cili merah, tepung jagung, tepung gandum ,telur, serbuk lada hitam dan garam] dalam satu bekas besar.
3. Gaulkan adunan
4. Panaskan minyak. Setelah minyak panas, cedukkan adunan dengan menggunakan sudu besar satu persatu [macam goreng cucur] dan goreng sehingga kekuningan.
5. Toskan potato fritters yang dah siap digoreng di atas tisu masakan untuk menyerap minyak. Siap untuk dihidang :)
Sekali hadap je terus habis ni..
5. Toskan potato fritters yang dah siap digoreng di atas tisu masakan untuk menyerap minyak. Siap untuk dihidang :)
Sekali hadap je terus habis ni..
Selamat Mencuba!
sedapnya tngk fiza..tgk cara mudah..insyaallah... akan cuba nanti..xpernah lagi makan style2 mcm ni..hehe
ReplyDeletemudah sangat zaza..sila cuba ye :)
Deletesedapnya..... kalau letak daun kucai boleh tak... hihihi..... daun sup n bawang xde la pulak... tanam2 x rajin hidup... huhuhu...
ReplyDeleteboleh je gantikan dengan kucai..sedap juga :)
Deletesedapnyaaaa. nak try buatlahh :D
ReplyDeleteNampak sedap. Boleh try nanti. :)
ReplyDeletenampak macam menyelerakan... macam sedap! teliurrr..
ReplyDeleteWah mudah blh d try ni
ReplyDeletewah...resepi baru lh...mcm mudah jer cara buat dia..
ReplyDeletesedapnya kak. Kena cuba ni. hehe. tq share resepi kak ^_^
ReplyDeletedah pernah try! memang sedap! cepat je ngap n abes..
ReplyDeleteAlahai tetiba pulak tgk makanan kat sini ..terliur la kita ...Sedapnyerr ,.Boleh cuba nanti untuk suami dan anak2..
ReplyDeletepernah buat tp xjadi..hihik
ReplyDeleteKalau dapat ni mesti sedap, nak buat jugalah nanti. Thank for resepinya kak Fiza!
ReplyDeletenampak macam sedap...nak cuba buat utk 3Q la..mesti diaorang suka...
ReplyDeletesedap nye, nanti boleh cuba ni :)
ReplyDeletemacam jemput-jemput
ReplyDeleteboleh buat untuk minum petang weekend ni
ReplyDeletekene cuba nie, dah lama mengidam nak makan cucuq kentang!tenkiu ya!
ReplyDeleteResepi Sotong Goreng Tomyam