Workspace Sihatimerahjambu

Kejap betul dah petang ye. Bila dah petang mood buat kerja pun merundum lah. Bagi orang yang berkerja dari rumah ni rileks je la tak perlu hadap jammed tapi cabaran utama bekerja dirumah adalah kena sentiasa rajin. Kau mampu nak rajin sepanjang masa bila duduk rumah? Nampak tak tercabarnya tu.

Bila mood rajin dah ada, idea pulak perlu ada bagi seorang freelance designer macam saya. Bukan setiap masa ada idea. Kena pulak waktu petang macam ni kan. Oleh sebab itu, suasana kerja dan persekitaran memainkan peranan yang penting untuk buat kerja secara aman, tenang dan berkualiti..cewahh bajet amek course interior designer.

Workspace Sihatimerahjambu

Takpa, asalkan selesa dan sedap mata memandang dah cukup. Inilah suasana dan ruang kerja Sihatimerahjambu seharian. My office My Home. Memang pilih meja yang besar untuk dua orang. Sebelah tu officemate saya, my hubby lah siapa lagi.. Meja tu beli kat kedai perabot yang betul² perabot untuk office area seremban ni harga dalam RM1++. Meja simple je dan berkualiti. 

Untuk menjimatkan ruang meja tambah table top tu [MICKE Add on unit high] beli kat IKEA, RM150. Mudah boleh letak perhiasan dan document. Pulak tu siap ada white board dan boleh tampal magnet lagi. Senang untuk saya tulis atau letak note kerja saya.

Kerusi pulak saya dan hubby pilih jenis kerusi office, lebih selesa dan tak sakit pinggang bila duduk lama lama tu dan senang bergerak pun kan. Kalau penat boleh sandar sandar luruskan pinggang tu. Yang warna turquoise tu harga RM210, hitam RM110 beli kat kedai perabot.

Accesories lain macam pasu bunga pink dan purple tu beli kat IKEA [PAPAJA Plant pot-RM4.90/each]. Stationery holder saja guna SOCKER Plant pot IKEA juga RM3.90 lebih tahan lama dan besar macam macam boleh letak. Alah beli menang memakai katanya.

Alhamdulillah, suka dengan workspace macam ni hasil dari perbincangan suami isteri demi menjamin kualiti kerja yang konsisten gitu. Untuk mereka yang buat kerja design yang nak mula buat workspace saya sarankan beli meja kerusi yang betul² kat kedai perabot sebab lebih berkualiti dan boleh dapat murah lagi lagi kalau ada promotion tu. Kebiasannya kalau beli kat mall memang ada yang murah tapi kualiti tu kena check juga sebab nak pakai lama kan.

23 comments:

  1. cantiknya workspace Fiza..mesti tenang nak wat keja kan...akak ni ..time ni haa..kat opis lagi...x balik pun lagi tau...

    ReplyDelete
  2. Nice workspace! Akak pun suka ruang kerja yang kemas dan teratur.. Baru mood tu datang..^_^
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  3. simple dan kemas..sng nk buat keje kan..

    ReplyDelete
  4. cantiknya...best nya dpt keje dr rumah...

    ReplyDelete
  5. afzal dah tgk dah.alahai kemasnya pija.tu kerusi yang satu lagi untuk sape?ke perlukan pekerja part time?afzal nak isi borang huhu

    ReplyDelete
  6. nak jugak workspace mcm ni..tgh pikir idea..hehe..sekarang duduk bawah je..

    ReplyDelete
  7. Dear.. berapa harga nak tempah template. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. klik ni kak..semua harga dah ada :)

      http://www.azhafizah.com/p/tempahan.html

      Delete
  8. Wah mmg terbaik satu meja kongsi berdua gtu hehe.

    ReplyDelete
  9. wahhh, one day i will have thisss,, yess.... nak buat online bisness, so sweet, sebelah2 husband n wifee...saling support buat kje sesama, mcm zaman2 studyy dluu, hahaha~

    goodluck in your lifeee sissss

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.