Workspace Sihatimerahjambu
Kejap betul dah petang ye. Bila dah petang mood buat kerja pun merundum lah. Bagi orang yang berkerja dari rumah ni rileks je la tak perlu hadap jammed tapi cabaran utama bekerja dirumah adalah kena sentiasa rajin. Kau mampu nak rajin sepanjang masa bila duduk rumah? Nampak tak tercabarnya tu.
Bila mood rajin dah ada, idea pulak perlu ada bagi seorang freelance designer macam saya. Bukan setiap masa ada idea. Kena pulak waktu petang macam ni kan. Oleh sebab itu, suasana kerja dan persekitaran memainkan peranan yang penting untuk buat kerja secara aman, tenang dan berkualiti..cewahh bajet amek course interior designer.
Takpa, asalkan selesa dan sedap mata memandang dah cukup. Inilah suasana dan ruang kerja Sihatimerahjambu seharian. My office My Home. Memang pilih meja yang besar untuk dua orang. Sebelah tu officemate saya, my hubby lah siapa lagi.. Meja tu beli kat kedai perabot yang betul² perabot untuk office area seremban ni harga dalam RM1++. Meja simple je dan berkualiti.
Untuk menjimatkan ruang meja tambah table top tu [MICKE Add on unit high] beli kat IKEA, RM150. Mudah boleh letak perhiasan dan document. Pulak tu siap ada white board dan boleh tampal magnet lagi. Senang untuk saya tulis atau letak note kerja saya.
Kerusi pulak saya dan hubby pilih jenis kerusi office, lebih selesa dan tak sakit pinggang bila duduk lama lama tu dan senang bergerak pun kan. Kalau penat boleh sandar sandar luruskan pinggang tu. Yang warna turquoise tu harga RM210, hitam RM110 beli kat kedai perabot.
Accesories lain macam pasu bunga pink dan purple tu beli kat IKEA [PAPAJA Plant pot-RM4.90/each]. Stationery holder saja guna SOCKER Plant pot IKEA juga RM3.90 lebih tahan lama dan besar macam macam boleh letak. Alah beli menang memakai katanya.
Alhamdulillah, suka dengan workspace macam ni hasil dari perbincangan suami isteri demi menjamin kualiti kerja yang konsisten gitu. Untuk mereka yang buat kerja design yang nak mula buat workspace saya sarankan beli meja kerusi yang betul² kat kedai perabot sebab lebih berkualiti dan boleh dapat murah lagi lagi kalau ada promotion tu. Kebiasannya kalau beli kat mall memang ada yang murah tapi kualiti tu kena check juga sebab nak pakai lama kan.
suka tgk meja opis fiza.. cantik
ردحذفAlahaiii kemasnyaaaa workspace Fiza. :D
ردحذفMmg selesa menengoknya.,,
ردحذفkemas dan cantik. hehe
ردحذفSelesanya workspace fiza..
ردحذفcantiknya workspace Fiza..mesti tenang nak wat keja kan...akak ni ..time ni haa..kat opis lagi...x balik pun lagi tau...
ردحذفkemas je workspace diaa. hehehe :D
ردحذفNice workspace! Akak pun suka ruang kerja yang kemas dan teratur.. Baru mood tu datang..^_^
ردحذفRosmizaAliDotCom™
Kemas. Suka tgk.
ردحذفkemas dan tenang je tengok
ردحذفsimple dan kemas..sng nk buat keje kan..
ردحذفSimple dan menarik....
ردحذفcantik n menarik..:)
ردحذفklik iklan fiza.:)
ردحذفcantiknya...best nya dpt keje dr rumah...
ردحذفafzal dah tgk dah.alahai kemasnya pija.tu kerusi yang satu lagi untuk sape?ke perlukan pekerja part time?afzal nak isi borang huhu
ردحذفnak jugak workspace mcm ni..tgh pikir idea..hehe..sekarang duduk bawah je..
ردحذفDear.. berapa harga nak tempah template. Tq
ردحذفklik ni kak..semua harga dah ada :)
حذفhttp://www.azhafizah.com/p/tempahan.html
barulah selesa nak buat kerja kan...
ردحذفWah mmg terbaik satu meja kongsi berdua gtu hehe.
ردحذفMenarik simple dan kemas
ردحذفwahhh, one day i will have thisss,, yess.... nak buat online bisness, so sweet, sebelah2 husband n wifee...saling support buat kje sesama, mcm zaman2 studyy dluu, hahaha~
ردحذفgoodluck in your lifeee sissss