Di Mana nak dapatkan Teh Bunga Kekwa @ Chrysanthemum Tea


Di Mana nak dapatkan Teh Bunga Kekwa @ Chrysanthemum Tea yang kering untuk dibuat air ye? Dah lama juga mencari nak beli kononnya senang nak buat sendiri je kat rumah. Lebih suka minum suam² macam tu ataupun musim panas ni buat minuman sejuk pun sedap. Lagi menyejukkan badan. 

Kalau beli air Chrysanthemum  Tea yang dah siap tu macam kurang feel fresh pulak kan. Lagi suka minum air teh bunga kekwa yang ada bunga dalam tu.

teh-bunga-kekwa-chrysanthemum-tea

Banyak khasiat air teh bunga kekwa ni yang menjadi kebangaan masyarakat Cina.

1. Membantu melancarkan perjalanan darah
2. Membantu pencernaan makanan (suam dan tanpa gula)
3. Membantu mengurangkan sakit kepala .
4. Membantu mengurangkan sesak nafas (asma) dan memperkuatkan paru-paru.
5. Menyejukkan badan
6. Membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah .
7. Didalam teh bunga kekwa @ crysantimun ini juga terdapat kandungan antivirus dan antipirochete (bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis dan penyakit lyme) iaitu ciri yang membantu dalam menyembuhkan tekanan darah, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis.
8. Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat.
9. Membantu mengurangkan panas akibat cuaca panas seperti demam, flu dan sakit tekak.
10. Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangai kemerahan , kekeringan dan gatal pada mata bila diamalkan secara konsisten. 
11. Pengamalan yang berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda.
-Sumber dari google


Semalam dapat juga merasa minum air teh bunga ni husband beli kat pasar malam. Selain kat kedai herba Cina ada jual tak kat pasaraya macam Mydin, Giant, Tesco ke? Kalau tahu boleh share kat kotak komen ye. Kalau ada yang tahu kat mana nak beli kat area Seremban lagi bagus...heee

Terima Kasih.

21 comments:

  1. tak pasti laa.. yang tau kedai ubat cina jer yang ada jual..

    ReplyDelete
  2. dah pernah try minum air ni tapi xleh masuk dek tekak ni...hehehehehe
    teringin minum tapi ntah la....

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. waaaa sedapnya
    org dalam pantang boleh minum tak ???

    http://ummijournal.blogspot.com/2015/03/review-instant-shawl-yang-betul2-instant.html

    ReplyDelete
  4. akak selalu beli kat kedai ubat cina tu..sesekali buat teh bunga memang sedap..selalunya kalau raya atau ada buat makan² memang selalu guna air ni..lain dari yang lain..khasiatnya pun banyak

    ReplyDelete
  5. Kak Lya tak berapa nak feel minum hehehe..

    ReplyDelete
  6. akak pun suka fiza.. tapi tak surelah kat mana boleh beli..

    ReplyDelete
  7. kat kedai ubat Cina ada jual bunga nie... tapi tak semua la...

    ReplyDelete
  8. bila jumpa nanti... kila calling2 ehh :D

    ReplyDelete
  9. hari ni rasa teringin pulak nak minum teh bunga ni...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. ada yang berminat atau sedang mencari teh bunga kering? InsyaAllah, saya ada menjual pelbagai jenis bunga kering yang sangat sedap untuk dibuat teh, bukan krisantemum je.. Jom singgah page saya https://www.facebook.com/TEAMI-Beauty-Tea-620384018116262/

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.