Berendam di Ulu Bendul, Kuala Pilah

Selepas berpenat lelah mendaki Bukit Broga, cadangnya nak ke Sungai Tekala nak berendam kononnya sebab panas dan penat. Dapat berendam dalam air sejuk memang best. At least dapat kurangkan penat dan berehat seketika kan. 

Tapi sayangnya Sungai tekala tutup disebabkan kes kencing tikus. Tak tahu pulak tutup, penat kamiorang datang dari jauh tau!

Disebabkan memang nak mandi air terjun, so teruslah ke Ulu Bendul Kuala Pilah. lagipun dah dekat dengan rumah. Kat Ulu Bendul ni pun dah banyak perubahan dah. Area depan tu dah ada macam waterpark untuk kanak² dan dewasa pun ada join sama.

Nampak bersih airnya tapi kurang besih sebenarnya . Mungkin sebab malam sebelumnya hujan, banyak sampah daun sangkut dan air agak berkeladak.

Kamiorang gigih lagi berjalan naik atas sikit cari tempat yang okay sikit. Dah naik sampai atas pun masih ada tempat tak okay. Disebabkan malas nak berjalan lagi, berhenti je la tempat yang agak okay. Agak ramai jugak family datang sini sebab tu takde tempat kosong yang best dah.

Air memang sejuk giler kot! Tak mampu nak berendam berjam². Cukup lah 1 jam lebih je kot kamiorang kat sini. 


Air tak dalam mana tapi kena hati² sebab batu licin berlumut. So berendam je la tak payah beria sangat nak ke sana sini. Cukup merehatkan badan. Tambah best bila berendam musim panas ni.

Kalau singgah ke Kuala Pilah bolehlah singgah mandi manda kat Ulu Bendul ni. Saya ni selalu je lalu sini balik kampung tapi baru ni lah ada masa nak singgah sini. Macam sibuk sangat je kan. Tapi kalau lalu sini memang sentiasa ramai je tengok banyak kereta. 

11 comments:

  1. lama gila oiii tak berendam di ulu bendul ni... dulu masa kecik-kecik selalu singgah juga...

    ReplyDelete
  2. bestnya..sronok dpt berndam dalam air sejuk semulajadi..

    ReplyDelete
  3. syoknye berendam..
    kalo kat teganu ni mmg g sekayu jela kalo nk berendam..
    sejuk..
    lame dh xpegi.. ihiks

    ReplyDelete
  4. memang best..tempat daku ber kem...haha..kem JPAM di sanaaa :)

    dah dua tahun memorii :-d :-d

    ReplyDelete
  5. yang duduk dekat ni pun tak pernah pergi lagi hohoho
    nak kena g jalan2 ulu bendul juga lah ujung minggu ni :p

    ReplyDelete
  6. Assalam fizah,
    ish3
    geram nengok ayor sungai tu tau3

    ReplyDelete
  7. pernah jugak sampai sini dua tahun lepas

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.