Laut Biru Tanjung Tuan, Port Dickson

Selepas berjaya mendaki Bukit Batu Putih, kamiorang turun bukit pulak sebab dah tergoda dengan air Laut Biru Tanjung Tuan, Port Dickson yang nampak dari atas bukit tu. 

Betul² gigih cari jalan nak kebawah tu. Macam biasa laluan tetap mencabar. Nasib juga datang sini cuaca baik je. Kalau hujan memang licin dengan tanah dan daun kering ni.

Dalam masa tak sampai setengah jam dah sampai bawah ni. Bila sampai bawah ni memang rasa nak berendam je. Baju extra tak bawak pulak. Adeshhh.. tak sangka pulak ada laut cantik macam ni. 


Pantai laut biru yang bersih.


Walaupun bersih tapi kena hati² kat batu² ni sebab ada lumut dan licin. tak hati² boleh jatuh nanti.


Nampak tak betapa jernihnya air laut biru ni.


Boleh nampak apa yang ada dasar laut. Buat aktiviti snorkeling pun seronok ni kan. 


Cuaca pun panas, berpeluh lagi. Memang elok berendam kan. sunburn pun sunburn lah. Bukan selalu ada peluang dapat ke sini kan. Setelah dipertimbangkan dapat jugak berendam dalam laut biru ni. 

Dengan harapan masa perjalanan balik nanti baju dah kering sebab tak de baju extra hanya berbekal towel kecik je. Cukuplah buat alas duduk dari basah terus. 


Alahaii.dah besar semua anak² buah den. Sorang UTP, Sorang UiTMPilah, sorang UiTMSegamat. Eh..dah macam nak promote cari jodoh pulak.


Bila dah penat, masing² sibuk dengan gadget.. nak update insta ler tu? :p Mentang² line okay kat sini. Duduk bawah ni sejuk pulak tu. Memang best bersantai, rasa nak tidur pulak sebab dah penat kan.



Dah puas hati main air, lapar pulak. Lepas makan teruskan perjalanan mendaki semula tapi kali ni ikut laluan yang terdekat sebab masing²tak larat dah nak bawak badan. Dengan baju basah dengan penat. Memang berat badan dan kaki nak melangkah. Apakan daya kena gigih sebab nak balik berehat.

Ingatkan laluan balik ni mendatar tapi ada jugak naik bukit tinggi tu..adeshhh..sampai kejang dibuatnya. Cuma perjalanan singkat je la masa balik ni. 

Phew~ Dah sampai bawah baru lega. Tapi tapi tapi baju tak kering jugak. Lantaklah basah sikit seat kereta. Alamatnya memang kena hantar car wash la lepas ni dengan berpasir lagi.

Balik rumah tu memang penat, kaki dah kejang! Itupun ada hati lagi nak naik broga sabtu ni.. Larat ke tidak ntah. 

13 comments:

  1. Tak tau pulak ada pantai cantik & air jernih kat PD >.<

    ReplyDelete
  2. cantiknya tmpt ni.. next time boleh pergi

    ReplyDelete
  3. Wahh cantiknyerr .Seronok dapat pegi pantai ..dapatmain kuios kuis air ngan hujung jari kaki pon dah suka..

    ReplyDelete
  4. Yang tukang snap gambar tuuu hehehe jauh no duduk ...

    ReplyDelete
  5. cantik view kat PD ni.. selalu kalau lalu dari tepi jalan tak pernah nampak yg cantik view kat PD tu.. hehe

    ReplyDelete
  6. cantiknye pemandangan..
    rindu pulak nk ke pntai.. hihi

    ReplyDelete
  7. Assalam fizah,
    haah laaaaaaa
    clear betui ayor di tu kan3
    kalo berendam memang best :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.