Pengisian Ramadhan #6 : Berdoa di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah waktu yang terbaik dalam memperbanyakkan doa. Berdoa di bulan Ramadhan adalah lebih baik, InshaAllah lebih mudah dimakbulkan Allah SWT. Selama di dalam bulan Ramadhan, ada 3 waktu yang mustajab untuk berdoa setiap hari.

Berdoa di Bulan Ramadhan

1. Sepertiga malam terakhir
Pada hari-hari biasa, sepertiga malam yang terakhir merupakan waktu mustajab untuk berdoa. Di bulan Ramadhan, berdoa di waktu ini lebih mudah bagi banyak orang kerana umumnya waktu ini adalah waktu sahur.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ
“Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, “Siapa saja yang berdo’a kepadaKu, niscaya akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepadaKu, niscaya Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepadaKu, niscaya akan Aku ampuni.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
2. Sepanjang waktu puasa
Waktunya adalah dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. 
Sebagaimana sabda Rasulullah:
ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ
“Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: (pertama) orang yang berpuasa sampai ia berbuka” (HR. Ahmad; shahih lighairihi)
3. Saat berbuka
Dalam waktu ini perbanyakkan  berdoa kerana waktu ini juga waktu mustajab untuk berdoa.
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
“Sesungguhnya do’a orang yang berpuasa ketika berbuka tidaklah tertolak.” (HR. Ibnu Majah; hasan)

Jadi, janganlah kita sia-siakan tiga waktu ini ye. Berdoalah setiap hari selama Ramadhan.

Credit : http://bersamadakwah.net

7 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.