Kekacang Raya

Orang lain sibuk dengan kuih raya tapi lain pulak persiapan raya Fiza ni. Lebih kepada kekacang raya dan kerepek raya. Cadangnya nanti cuma nak buat popia nestum dan cornflakes madu je la. Itupun last minit nanti lah kot. Baru semangat nak raya gitu.

Buat masa ni siapkan stok kekacang raya dulu sebab kekacang dan kerepek ni boleh simpan lama sikit dari kuih raya. Lagipun kuih raya jarang orang makan banyak. Sebab biasanya kalau tetamu datang hidangkan makanan berat sikit. Lagi² tetamu jauh tu. Tak kan datang nak makan kuih je kan. 

kekacang-raya

Lepas dah makan berat² tu bolehlah bersantai bersembang makan kerepek/kekacang. Mesti cepat habis. Takdelah sampai habis raya pun masih ada lagi.

Pada Fiza, ikut  bajet masing²  dan cara masing². Kalau family berdua je ni memang tak buat banyak pun sebab sudahnya bawak balik kampung je nanti. Lagipun raya tahun lepas takde budak² datang beraya pun sebab kamiorang jarang ada kat rumah, balik beraya dengan family. 

Asal ada kuih raya satu dua tu dah memadai kan. Bermakna juga raya tu. Bukan tak nak membeli tapi biarlah apa yang ada sahaja. Korang pulak buat kuih ape?

8 comments:

  1. Betul la..setuju..kekacang..kerepek kerepek..nanti bila sedara mara datang potongkan buah buahan sikit..dah..selesai..selesa dan santai..

    ReplyDelete
  2. Betul.. kekacang & kerepek lah yang selalu menjadi perhatian dan kudap2an tetamu,. tak jemu kan Fiza :)

    ReplyDelete
  3. serupa la dgn aida.
    weekend memang takde umah.
    takde org dtg :)
    kami yg sibuk merayau mencari sedara mara...
    aida beli ringkas aje tahun ni.
    50 keping je semua kuih...

    ReplyDelete
  4. haah kan... time2 raya ni kacang dgn kerepek jgk yg laku... yg kuih2 marjerin ni mmg excted nk beli tp makannya sikit jer...

    ReplyDelete
  5. Kat rumah kak lya mmg wajib ada kekacang ni..Budak2 suka sangat laaa

    ReplyDelete
  6. nona memang telan kacang2 and kerepek2 bile berayaaaa, kuih2 tuu, tgk mood, ade yg suke, ade yg x berkenan sgt, hehe~ mood raya on ! smpai raya aidiladha pulakkk, he heee ~

    tak hbis kuih, simpan lg smpai raya seterusnyaaa, hahaa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.